Jom Join!!

Feb 18, 2016

Sehari Sebelum Majlis Alumni

Majlis berlangsung pada hari Ahad kan...
ok ni cerita pada hari sabtu tu...
Pada hari sabtu tu,aku berangkat dari KL pukul 4.00pagi.
Tapi pukul 3.00 pagi aku dah bangun, tolong mak aku masak kat dapur.
Kami masak nasi goreng. Macam-macam bekalan makanan kami bawak.
bukan apa risau wei.. mesti jalan jem gile hari tu. yerlah kan cuti panjang..
kami dah pasang strategi dah.. makan semua dalam kereta je. nak berhenti kat RNR utk  pergi tandas dan rehat je.
Tapi.. Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan kami pagi tu, lancar je.
kereta memang banyak.. tapi stay bergerak lancar..
en. suami pun cool je bawak kereta. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Sampai di Sungai Perak. En. Suami dah tak tahan dah.. dia kata nak tidur jap. mengantuk katanye..
aku dan anak-anak apa lagi sambung lagi makan nasi goreng.Opahnye pun sama.sambung makan hihi.
Agak lambat jugak kami sampai ke Jitra.sebab En. suami bawak kereta pelahan.
dia memang tak suka bawak kereta laju -laju.herrmmm lantaklah janji kami selamat sampai.
aku dan keluarga aku menginap di rumah makcik aku, di jitra.
Sampai je di rumah makcik aku. aku rehat sekejap, tapi sejam lepas tu. aku suruh en. suami hantar aku pergi dewan IKBNJ sebab banyak kerja yang perlu aku uruskan disana.
Bila sampai je kat pintu gerbang IKBNJ tu. hati aku rasa sebak gembira semua ada..
sungguh aku rindu zaman IKBN aku. Zaman kena kawad,kena denda,makan dalam tray,tidur dalam dorm,basuh kain ramai-ramai, huwa... tak mungkin aku dapat balik zaman tu.Zaman tu hanya tinggal kenangan je..
ok masa sampai je kat Dewan IKBN tu, aku tengok AJK yang lain dah sampai..
Allahuakbar.. Rindunye aku dengan kawan-kawan semua...
tak sangka dapat jumpa diorang lagi..
Ok bila dah peluk cium semua tu..
kami terus masuk dlm dewan, nak tengok macam mana nak susun atur dewan tu..
masa tu jugak lori catering pun sampai..utk hantar meja makan.
 ok good. senang kita nak buat kerja.dan susun atur terus..
masa tu, bukan setakat AJK yang buat kerja. anak-anak ajk pun tolong sekali..
hihiii... yang kecik yang beso semua berganding bahu.. ok good,good tepuk tangan sama-sama.
tak lama lepastu, aku suruh en. suami bawak mak dan anak-anak balik dulu. sebab aku banyak lagi kerja kena buat.. kesian kat mak dan anak-anak penat.
sekali kawan akau baru teringat yg roti utk goodies blom ambik lagi kat kilang..
ok jom kita pergi kilang roti..

haha.. seronok korang dapat pergi kilang roti yer. aku pun sama.. sebab aku penggemar roti weii
kilang ni belakang rumah member aku je.
dan lagi bestnye... kilang ni. dekat dengan sawah padi uolls... hoyeee.
jom kita pergi sawah padi pulak..






begitu ler ropernya kalau orang bando masuk sawah padi..
kita orang ni.. nama je belajar kat kedah selama 2 tahun. tapi masuk sawah padi pun tak pernah.
sebabtu kami mintak sangat kat kawan kitaorang, turunkan kitaorang kat sawah padi..
nak sangat bergambo dlm sawah padi tu haha..

 ok masa ni dah pukul 8.30 malam.. masih banyak yang belum siap.. huwaaa..
takut aku..
depa ni tengah balut hadiah untuk lucky draw
 yang ni pulak tengah buat goodies
dalam beg tu ada air kotak,roti,keropok ikan sira,
untuk yang bawak anak. kami akan bagi goodies utk kanak-kanak.

AJK yang bertungkus lumus malam tu




Happy nye masa ni..

TQ korang...

malam tu pukul 11.00 malam baru habis kami mengemas dewan.
korang bayangkan aku tak makan dari siang weii..
last aku makan masa dalam kereta kat RNR tu je.
aku lapo giler masa tu.

sebelum balik, kami singgah makan dulu kat depat pasaraya Yawata.
aku oder char kuey teow.
dengan teh o ais.
lepas makan baru kami balik.
fuh.. penat giler hari tu.
esoknya nak bangun awal pulak.
untuk acara yang gilang gemilang tu.hehe..
ok tu jerlah cerita aku..
sekian..
bye.



1 comment:

  1. salam kenal awak.. jemput datang ke blog yusrina yer

    http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete