Jom Join!!

Oct 22, 2013

Pening Kepala Cari Tadika Untuk Anak..



Aduhai.. pening kepala mama nak cari tadika untuk anak dara mama yang sorang ni..
mujurlah Abang faiz punya sekolah dah selesai.. tahun depan abang faiz dah start sekolah rendah..Darjah 1.
sekarang ni, si adik pulak tak selesai-selesai lagi.
susahnya nak cari tadika kat putrajaya ni. hari tu sampai aku ngan suami siap ambil cuti lagi gara-gara nak cari tadika untuk anak dara ni. tapi malangnya.. semuanya dah penuh. yang ada pun tinggal yang swasta.
bila tanya pasal yuran pendaftaran,semuanya mencecah seribu ke atas.. herm.. tu belum bayaran bulanan lagi, yang mencecah 4 ratus sebulan, aktiviti sampingan lagi.. aduhai... zaman sekarang, semuanya nak pakai duit ribu riban..
yerlah. anak nak masuk tadika pun dah kena bayar beribu..  tak macam zaman kita  dulu-dulu. Aku gi sekolah KEMAS je.. bayar baru RM20  ke RM30. Bukannya nak berkira pasal pendidikan anak-anak. tapi kalau dah gaji pun cukup-cukup... Archanner tu...
 tu baru satu anak. kalau anak 5-6 orang macam mana yer..huhuu...

* bukan rungutan sekadar perkongsian*

My anak dara..




11 comments:

  1. Memang rate2 cecah RM1k++.. nak buat caner??
    Dulu masuk politeknik pun rase tak cecah 1k pun..
    takkan anak tak nak sekolah kan??
    meh la sekolah ngan dhia..
    leh satu kelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu dah gi dah sekolah yg dhia nak masuk thn depan. tapi... pendaftaran dia boleh tahan gak mahal. apapun sek tu.. masih lg dalam pertimbangan..

      Delete
  2. hmm ni mesti ida terlambat nak daftar.... ish ish ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot kak. saya terlambat.harap benda ni tak jadi lagi tahun depan.

      Delete
  3. Tula apa yg akk rs. Nak daftar adik kat pasti tapi dah penuh. Transport pun x de. Mb kena hantar jugak kat littke caliph. Lebih mudah sebab transport di sediakan. Tapi siap la. Registration je including fees nov ngan jan 1562. Monthly rm230. Transport rm45. Harap harap mampu la tanggung utk 2 tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalnyer utk registration. boleh hantar ansuran tak? Bulanan murah la pulak..

      Delete
  4. Samalah dilema kita ni.. saya pun tgk pening cari tadika utk anak...banyak faktor nak kena difikir sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peningkan.. ida ingatkan ida sorang je dalam dilema. rupanya Aisy pun sama ye.

      Delete
  5. saya anak empat. tahun depan sorang darjah 2, yg 6 tahun ada mintak pra tak tau dapat ker tak. 5 tahun memang kena hantar tadika swasta dan yang 2 tahun ada mintak taska permata tak tau dapat ker tak. kalu yg 6 dan 2 tahun tu dapat alhamsdulillah. kalo tak dapat, 6,5,2 tahun letak tempat yang sama sebulan mau 1k lebih. belum masuk yuran daftar lagi. uhukkk.... harap2 dapat banyak la bonus hujung tahun ni.
    salam kenal ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cevwie ku: kalau saya jd awak. mcm manalah agaknyer.. baru fikir pasal sorang anak dah fining. kalau mcm awak 4.. lagi teruk agaknya. apa pun semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya. tapi bergantung pada kemampuan juga kan. sama-samalah kita berdoa agar anak kita akan dimurahkan rezeki.dan berjaya ..Amin..

      Delete
  6. Anda mencari pusat pendidikan awal untuk anak-anak anda??
    Cenderung kepada pendidikan berteraskan agama dan mengutamakan nilai akhlak anak-anak?

    Pendaftaran Awal Ahsani Takwim Tahfiz Centre (ATTC) kini dibuka.

    Program berkonsep tadika tahfiz bagi kanak-kanak 4-6 tahun.

    Silibus pembelajaran :
    -Pendidikan Tahfiz al-Quran.
    -Penguasaan kemahiran 3M (Membaca,Menulis,Mengira).

    Tambahan :
    -Penerapan nilai akhlak Islami.
    -Hafazan hadith dan doa pilihan.
    -Kemahiran pengurusan dan peningkatan potensi diri.

    Terbuka kepada 20 kekosongan sahaja.

    Lokasi : Taman Bandar Senawang.
    Masa pembelajaran : 8 pagi - 12 tengahari. Transit : 12 - 6 petang.

    Keistimewaan:
    -Ruang pembelajaran berhawa dingin.
    -Tenaga pengajar terlatih.
    -Lokasi selamat dan terkawal.
    -Masa depan pembelajaran yang cerah.

    Syarat pendaftaran :
    -Berumur 4-6 tahun (lelaki dan perempuan).
    -Lulus ujian penilaian yang dijalankan.
    -Ibubapa yang komited dengan perkembangan alQuran dan sahsiah baik anak-anak.

    Berminat dan keterangan lanjut sila email ahsanta99@gmail.com

    Al-Quran ubat..Al-Quran Syafaat...

    ReplyDelete