Jom Join!!

Apr 14, 2014

Ais krim Goyang


Malam semalam ajak en.suami pergi uptown mines, sebab nak cari beg sekolah faiz.
anak bujang aku ni. bukan main ganas ok.. 
tak sampai setengah tahun.. beg sekolah dah koyak..
nak tak nak terpaksa juga belikan beg baru untuk dia.
tak sanggup tengok anak bawak beg  koyak.

masa cari kedai beg tu. faiz ternampak pulak ais krim ni.
aku pun macam pelik je bila baca nama  ais krim tu..
Ais krim Goyang????
first time aku dengar..
so.. mari kita cuba..

kita goyang dulu...


Bila dah beku.. baru boleh keluarkan..


Yeee... dah boleh makan...
gambar tak berapa terang. 
sebab  ini olang...tak boleh duduk diam.

Cream Cracker + Banana + Nutella

Jom cuba resipi yang aku reka ni...
Cream Cracker +Banana + Nutella.. mudah cepat dan sedap..



Bahan:
- Cream cracker (biskut)
- Banana (pisang)
- Nutella (coklat)

cara buat:
sapukan ke dua-dua biskut dengan caklat. kemudian letakkan pisang ditengah-tengah biskut..
siap!!!  mudah kan?? hahhahahaa....


kalau korang nak tukar biskut tu dengan roti pun boleh...takda masalah..

ok semua.. selamat mencuba..Da...da,,,




Apr 11, 2014

Jumpa Kenangan Lama..

hari ni aku sibuk mengemas rak peribadi aku kat opis ni...
masa mengemas tu aku terjumpa banyak barang lama yang aku simpan untuk jadi kenangan..
antaranya.. jeng.. jeng.. jeng...


kad birthday yang member member aku bagi...


 yang ni dari 3 orang sahabat yang amat aku sayang..  Sue, Rara, Wanie,


 Wish dari RAra..


Wish dari Sue dan Wanie..

* Bila aku baca blk ayat wanie ni. teringat balik kenangan aku ngan diorang dulu...
asal hari jumaat je. mesti aku ajak budak bertiga ni lepak kat rumah aku..
lepastu.. dengan bangganya,, aku jamu diorang maggi sedap.. hahahha...
-rindu kenangan tu-


yang ni pula dari k.ana.

thank you kak ana. sebab tiap-tiap tahun ucap happy birthday kat saya...

kad birthday dari sue..lagi sekali...
wat sendiri lagi.. tq sangat-sangat..

oh.. rupanya. masa nie umur aku 27thn auwww...

 tak tahan ayat ko sue.. 
siap ada ucapan tambahan lagi...hahha..
lawak ko sue.





dan tetiba aku terjumpa gambar faiz masa umur 2thn..
alahaiii anak omak..
dulu kau kocik.. sekarang dah sama tinggi dengan mama..


* suka simpan barang lama*
*penuh kenangan*
*boleh imbas nostalgia*

- Sweet Memori-

Jadual makan dah tunggang langgang.

Sarapan untuk Pagi ni.

sekarang ni,jadual makan aku dah tunggang langgang. macam semalam.. memang bz giler.
nak sarapan pun tak sempat. last-last aku sarapan pukul 12.00 tengahari. oarang lain dah nak makan  tengahari. aku masih lagi makan roti canai(semalam).

hari ni.. tak boleh jadi.. sebelum apa-apa. baik aku pergi tapau cepat-cepat. dan makan sebelum mulakan kerja. kalau tidak..
alamatnya.. macam semalam jugak..
ada yang kena gastrik pulak nanti..

huhuu... teringat suatu ketika dulu. pernah kena gastrik memang tak boleh tahan sakit dia..
sampaikan minum pun terasa perit.
umpama lava mengalir ke perut...
huhuuu.. mintak dijauhkan dari penyakit tu..
tak sanggup aku..

ok.. dah.. tu je nak ngadu..
bye..

Apr 4, 2014

Oppa



Panggilan Perempuan kepada Lelaki (Abang)yang lebih tua darinya...
ini lah pengaruh Running Man..
Oppa.. Abang..
 

Apr 3, 2014

Lepak..Habis...


 Senggol..senggollan.. cubit..cubitan.. aku menyanyi kau petik gitar....
hahhahaa....  
gambar ni aku ambil masa aku tengah kemas buku sekolah faiz...
tergelak aku tengok si bujur ni.. bukan main menyandar lagi..
penat sangat la tu..
mana taknya.. asyik bermain aje kerjanya..
sekali dapat menyandar... nah.. hambik ko... tangan kat vontot lagi... hahaaaha......

 

Mar 27, 2014

Pulau Pangkor

percutian yang dirancang oleh adik beradik aku. dah jadi kebiasaan family aku. setahun sekali akan buat percutian dalam negara.. Ehhh... kejap..kejap.. bukan sekali dalam setahun...
tapi dua tiga kali. dalam setahun kooott... muahhahahaa...


Destinasi kami.. Pulau Pangkor...
sekali lagi kami menuju ke sebelah utara...  
Bila pula nak menjejakkan kaki ke Pantai Timur ni...???  Insyaallah.. kalau ada rezeki.. Rombongan Anak, menantu, cucu, cicit Alias akan sampai juga ke sana. Tunggu...

Rombongan Cik kiah sebelum naik bot. menuju ke pulau... alamak.. tak ingatlah apa nama pulau tu..

yea.. dah sampai.. jom kita snorkeling..
Tapi hati-hati ye. Batu-batu kat sini teramatlah licin...
sampaikan ada seorang budak perempuan yang terkoyak dahinya...

Banana Boat..
aku tak naik pun...
tengah syok berendam kat tepi pantai masa ni..  Abang ipar dan anak buah aku je yang naik...
bukan main syok lagi diorang..
Rasa menyesal pulak aku tak joint masa tu. takpa... lain kali aku pulak nak cuba...

 Dah syok main kat pantai.. kita masuk pulak kolam renang...


hari ke-2.
melawat sekitar Pulau pangkor...  gambar ni masa melawat Kota Belanda Pulau Pangkor


Muahhaaaha.. Aksi spontan 3 beradik.

Destinasi ke-2 Taman Fu Lin Kong


Aku Dan Kak Ita.

My Happy Family..
tapi tak cukup ni. ada satu keluarga lagi yang takda dalam gambar ni..