Jom Join!!

Nov 11, 2013

Mini Donat bersama Nutella

Sabtu hari tu, aku bangun awal untuk buat sarapan pagi,.kebetulan family dari sabah turun sini.
harusla i buat bekpes hahha.. bekpesla sangat.Pagi tu aku buat mee goreng.Donat ni sampingan je.

  
first time buat donat letak nutella ni.
budak -budak sukalah.. bukannya makan donat..
diorang duk calit nutella je lebih..

mama nak ambil gambar donat.tapi anak dara tu nak jugak menyelit..

anak dara ni, suka sangat makan donat.
tambah pulak kalau donut ku warna pink. lagi lah dia suka.

Nov 7, 2013

Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota

Jalan-jalan cari makan lagi. macam manalah aku tak demok..
jalan sikit makan, makan sikit jalan.. eeh!! hahha..
 ahad lepas, bawak mak pergi makan kat Mali's Corner.
apa lagi yang femes kat situ kalau bukan char koay teow  
yang super sedap sehingga menjilat pinggan hahha..

Char Koay Teow Mali's

ada tiga jenis char koay teow kat sini.
Biasa RM4.50, Besar RM5.50, dan Special RM7.00
saiz semua sama. cuma beza pada kuantiti  udang.banyak atau sikit.

selain char koay teow, nasi lemak pun ada dijual di sini.

nasi lemak



Warung Bunian

Hadoiyaii.. sakit perut la pulak hari ni, hangin satu badan semua ada. mujur ada minyak angin aromatherapy safe care.. hahhaa.. sempat lagi promode.siapa nak beli whatssap saya ye.no telefon kat sebelah kanan tu.
ok tutup cerita minyak. kita cerita pasal makan sedap kat Warung Bunian pulak.

jumaat minggu lepas dah rancang siap-siap denga dak sue,kak cinda dan dak miera. jom kita pergi makan kat Warung bunian. aku teringi nau nak pergi sana. Macam Best Jew, Macam Menarik Jew... hahhaa..
Cik adik manis Miera,tolong bookingkan ye.lepastu tolong  oderkan sekali menu. Ahkak ikut aje apa yang kau oder. asalkan dapat jejak kaki dan makan dekat kat situ.




 Warung ni adalah salah satu warung makan yang terpilih dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Bila sampai je kat warung bunian. tengok-tengok dah ada pinggan yang tertulis nama miera..

 Bersama cik adik manis..Miera.
si tukang booking
Tq Miera.

masa kami sampai tu, tak ramai lagi yang datang.jadi.. aku pun apa lagi..
jom mulakan operasi..
sampai ke dapur aku ambil gambar weii.. hahahha...

tengoklah.. ketam dalam periuk pun aku ambil gambor tau.

huhu sedapnyer ketam masak lemak cili padi ni..
nyum  nyumm.


Antara Menu yang kami oder:


 Udang goreng sambal

 Ketam masak lemak cili padi
sayur

jemput makan semua..

Berrkk.. kenyang.. Alhamdulillah..

sedap weeiii..

kalau sesiapa yang teringin nak cuba makan masakan Warung Bunian ni.
sila call dulu Alang di talian. 017-3812246 (Alang)

Nota: Masakan kat sini memang sedap dan berbaloi

Nov 6, 2013

Donat

Assalamualaikum semua..
salam satu malaysia. semalam gagah tau akak buat donat comel ni. buat tak banyak pun, cuma guna setengah  bungkus tepung je. cukuplah untuk makan anak beranak.dan beri pada jiran-jiran terdekat.
seronok pulak buat donat ball ni. lebih mudah dari buat donat yang bentuk biasa tu.
resepi aku guna resepi mudah yang mak aku ajar je.
ada yang minta resepi kat whatssap aku pun apa lagi.. laju-laju kongsi.
resepi aku lain sikit. tak guna telur pun tapi kalau korang nak cuba boleh je..
jom aku kongsi ngan korang..

Resepi untuk setengah kilo tepung:

Bahan-bahan:
tepung gandum setengah kilo
planta 2 sudu
susu pekat manis 1 sudu
mauripan satu paket (dibancuh dgn secawan air)
air
garam secubit
gula halus (untuk tabur ke atas donat)

Cara-cara
campur semua bahan dalam satu mangkuk.
tambah air sedikit demi sedikit.
pastikan tepung menjadi doh.dan mudah untuk di uli.
kemudian.. bulatkan kecil-kecil, supaya tepung menjadi bentuk bebola.
dan letakkan ke dalam talam yg telah  ditabur dgn tepung.
tunggu sekejap sehingga berbola itu mengembang
kemudian masak bebola donat itu kedalam kuali  yang telah panas minyaknya.
setelah donat bertukar warna keemasan, angkat dan letakkan kedalam bekas yang kering.
dalam bekas yang lain. letak gula halus tadi.
kemudian ambil donat yang telah masak, dan gaulkan ke atas donat.
kemudian, bolehla dihidangkan bersama kopi atau teh kegemaran anda..

s.e.l.a.m.a.t m.e.n.c.u.b.a..









Oct 31, 2013

Matahari terbenam

Sabtu lepas, rasa bosan giler  kot duduk kat rumah tak buat apa.
lagi pun kesian kat anak-anak, main dalam rumah je.
jadi aku pun ajak en. suami jalan-jalan kat sekitar Putrajaya ni.
last-last teringat ada satu tempat yang sangat cantik kalau waktu petang.
kalau orang putrajaya mesti tahu tempat ni kat mana.
kat kawasan lapang antara jambatan Seri Gemilang (depan PICC) dan jambatan Seri Saujana.
kalau lebih tepat lagi, taman ni bertentangan depan Pullman.




Oct 30, 2013

First time buat Laksa

minggu lepas memang tak pergi mana..
just lepak-lepak kat rumah je dah petang sikit baru keluar gi taman..
sebelum pergi taman tu, sempat jugak aku buat laksa.
first time weehh aku buat laksa. selalu makan laksa yang mak buat je.
ntah macam mana, hari sabtu hari tu terasa macam nak mencabarkan diri buat laksa.
selama ni, kalau mak aku masak aku tolong potong-potongkan timun,bawang dan lain-lain je.
kali ni. Yes.. aku bertekad.. "Aku mesti buat" hhahaaa...
hasilnya..


 Jadilah Laksa Cair..muahaha..
kuah agak cair dari segi warna. tapi sebenarnya aku buat pekat..tapi asal dia nampak cair yer..
sebab kurang cili kot. aku memang buat tak pedas.
 sebab ada dua pelanggan kecik yang akan makan laksa ni.


kuah laksa yang sebenarnya pekat.tapi nampak cair.. adoiyai..
rasa memang takleh tanding laksa yang mak aku buat. tapi Alhamdulillah habis jugak. sebab en. suami makan bertambah-tambah.

Oct 28, 2013

Customer Minyak Aromatherapy

Assalamualaikum semua..
Sabtu hari tu, bertalu-talu saya dapat panggilan dari pelanggan minyak aromatherapy..
Syukur Alhamdulillah... rezeki dari Allah.
mujurlah pelanggan semua dari putrajaya jugak. senanglah saya nak buat penghantaran..
tapi yang sorang tu dari semenyih,pun bersyukur juga sebab dia sudi datang ke putrajaya untuk ambil sendiri.
sebenarnya customer dari semenyih tu kawan lama saya masa belajar kat kedah dulu. sekarang ni dah jadi guru di semenyih.
seronok rasanya bila dapat jumpa kawan lama..

  kak faezah,kawan lama saya A.K.A Customer Minyak Aromatherapy
bermula dengan membeli sebotol,dan sekarang permintaan semakin meningkat dari ahli keluarga dan rakan sekerjanya.

yang ni pula bungkusan yang akan saya poskan buat customer saya yang berada di Bentong Pahang.
Alhamdulillah.. bermula dari blog, sekarang maziani dah jadi customer tegar saya.
terima kasih maz.