Jom Join!!

Jun 12, 2012

Teluk Kemang 8,9,10 Jun 2012

Salam semua...
aarrggghh... penatnya badan ni. walaupun penat tapi  hati manyak suka lor..
sebab dapat bercuti dengan family... (singa membawa keluarga bahagia.. T_________T )
walaupun percutian ni bukanlah sampai ke luar negara nun.. jauh di sana...
tp tetap seronok.. sebab dapat berkumpul dengan adik -beradik.. (apa yg penting kerja sama).
percutian ni mengambil masa selama 3 hari 2 mlm di TM Resort Teluk Kemang.
nak tahu aktiviti kami???  jom.. tengok kat bawah..


 ni masa malam pertama kami. acara BBQ di tepi pantai.
agak lama jugaklah nak hidupkan api kat arang tu..
sebab masa tu angin kuat sangat..dan hujan renyai-renyai..


 masa ni agak seram jugak bila ku dengar desiran ombak kat tepi pantai tu..
dah la gelap. bunyik ombak kuat pulak tu.. dahla sekarang ni.. tengah musim air pasang kan.. takut pulak aku..


 api yg segan-segan nak menyala.. hihi..
kata en. suami..dia tersalah beli arang katanya.. kata si Abg man pulak.. pasir ni.. basah ni...
hemm... entah ler labu.. teman pun tak tahu ler mane yg betul...
tapi yg teman tahu.. merokok itu.. membahayakan kesihatan.. macam gambar kat kotak rokok tu.tak caya.. cuba tengok kotak rokok tu..hehehehee.

oh yer.. walaupun.. api segan-segan nak hidup.. namun.. berkat kesabaran 4 jejaka tampan (uuweekk)
tu.. dapat jugak kami makan ayam, kambing, hot dog, dll yg di BBQ kan oleh mereka.hihi..
ayam ngan kambing tu sedap ler.. TQ nyah ngan abg...

Sarapan pagi kami pada hari ke-2.
di gerai Kak An Family Corner KM 12 Jln Pantai Telok Kemang.
gerai ni kalau korang nak tahu kat mana.. senang aja..
korang tengok ada tanah perkuburan islam kat sebelah kiri jalan.. dan gerai kak An ni kat sebelah kanan jln dia.

 
ok ni dia tanah perkuburan yg aku cakap tadi..
kalau nak tahu lagi senag... korang tengok kat sebelah kedai Kak An ni ada..

kedai makan  K DE' K korang nak tahu tak apa maksud K DE' K ni? maksud dia
( Kedai Depan Kubur). ni yg abang ipar aku cakap la.. aku tak tahu lah maksud sebenar dia apa..
kata abg ipar aku kedai ni.. memang tempat dia lepak masa zaman study dulu..

ok ni antara menu yg kami oder masa sarapan pagi tu..
nasi lemak sambal udang..
perhhh... memang terbaik...
mak aku yg tak kuat makan pun boleh habis sepinggan nasi lemak ni..

roti canai....
emm.. kuah dia cair sikit.. tp ok lah..


kak ita aku cakap.. nasi lemak ni.. terbaik...
memang pun.. sambal kerang dia  sedap sangat..

Abang ipar aku yang mulut bising.. tapi best.. hihi.. so bro lepas ni kita gi pulau pulak yer!!!

my Abang Man.. muka baru bangun tidur.. stay cool bro..
muka puas hati dapat buat BBQ malam tadi.. walaupun dalam hujan ribut ... hihii..

masa nak balik tu aku tapau lagi kuih  keria tu. sedap giler kot kuih tu..
dalam dia penuh dengan isi ubi keledik.. tak macam yg selalu aku beli kat sini.. tepung je lebih..

Alhamdulillah... sarapan pagi kami hari tu.. di sponser oleh my abg ipar (khai)..
Hidup YB!!!!!...hahhaha... muka YB terlupa pulak aku nak ambil..
tapi itu tak jadi masalah..
muka YB takda.. muka Pn Sri dan anak YB ada... hidup YB!!!

balik dari sarapan.. kami semua terjun kolam...
yah.. debuusshh!!!!!..
fuh... memang best Resort TM ni..
kau bukak aja sliding door terus.. lari tekedek-kedek masuk dalam kolam..
ha... lantak pi lah  hangpa nak berendam 5-6 jam dalam tu..


untuk pengetahuan korang, resort ni memang  dekat sangat dengan tepi pantai..
nampak tak khemah yg banyak-banyak tu.. tu dah tepi pantai la tu..
agak-agak nak mandi air masin laut dulu.. korang bolehla.. lari-lari anak ke pantai tu..
lepastu bila dah agak-agak rasa nak mandi air tawar kolam pulak korang bolehla.. lari berganti-ganti pulak masuk ke kolam..
kalau petang-petang... perut rasa lapo bolehla keluar pagar tu.. dan pergi beli goreng pisang panas.. kat gerai tu..
ada satu petang tu.. aku tengah syok berendam dalam kolam.. sekali mak aku lalu... sambil bawak goreng pisng panas..
perhh... terbaiklah... aku siap makan goreng pisang panas lagi kat tepi kolam tu...
mak memang tau.. dia tau jer anak dia tengah kebulur... hihiii...

ni masa pagi hari ke dua tu.. saja je aku bawak budak mata sepet ni.. jalan-jalan kat tepi pantai..
si nabilah belum bangun lagi masa ni.

ombak kuat sangat masa ni.. seriyau..aku...



kanak-kanak yg gumbira dapat souvenir dari mak long isteri YB adun batu muda.. hihiii..
tq mak long!!!.hidup mak long!!!

macam-macam ado..

makan malam  kami..

 





masa untuk pulang...

 kak gee dengan mak mertuanya...
tengok bonet kereta kak gee penuh weiii..
dah macam orang nak pindah rumah...
(cakap orang aku pun sama..)

YB Khai.. dari Kelana Jaya .. 

YB Azman..dari Batu Muda.

YB Syaiful dari Jinjang..

dan YB Fauzi dari Putrajaya.


seterusnya kami berangkat pulang...
setibanya tiba di batang benar kami singgah sekejap di kedai makan ni..

 Ayam Kampung Batang Bonar
terletak berhampiran dengan KTM Batang Benar.
emm...dia dekat-dekat dengan nilai..
aku pun tak tahulah nak ngabonyer macam mana..

kat sini ada jual ayam kampung salai, itik salai, keli salai, daging salai,
masak lomak cili padi pun ado...
tapi yg paling penting memang sedap..

jom makan...

 ni en hubby yg oder ayam kampung sebelah ok!!!
memang sedap...
teringat-ingat sampai sekarang.. huhuu..

ikan ape ntah.. masak lomak cili padi.. + peria
sedap...


 ulam dan sambal belacan.

ok semua dah lengkap..
 jom kita makan...
lepas tu kita berangkat pula ke destinasi yg seterusnya..
iaitu Nilai 3..
nak shoping kata nya..

sampai di nilai tiga.. shoping sikit..
lepastu semua balik ke rumah masing-masing...
maka tamatlah acara percutian ni..
hujung tahun.. kita bercuti lagi kalau ada duit ok... hihii..
dengar cerita ke belah utara pulak kata nya..
yer ker??
heheee...


 


Jun 5, 2012

jom hilangkan Stress

sambil hilangkan stress sambil prektis vokal utk persediaan acara saringan karaoke hari rabu ni. 6 jun 2012 eh!!!  tarikh tu kan ke esok.. huwaa.. takutnyer.. yg bestnya sampai sekarang aku masih tak tahu nak nyanyi lagu apa.
lagu yg aku nak bawa tak do la pulak cd karaokenye..hemmm fining..fining..
tp tak lah menjadi masalah sangat pun sebab aku bukannya nak masuk sampai ke final pun. sebab tahu pesaing semua sengit-sengit kot...aku ni setakat penyanyi bilik air boleh ler..hahaa..
tp orang kata.. saja suka-suka nak mengsumbangkan suara buluh betung ni kat atas stage tu nanti hihi..


Happy Birthday To Me


Happy Birthday To Me.... 
4 Jun 2012
yg ke 31 


Jun 4, 2012

Anniversary ke-6

Senyum... tak perlu kata apa-apa.. hikhikk...
sebenarnya aku malu ni...AAuuuwww... gedik'snyer..
ok ler.. nak stori-mori ni... sebenarnya 2 jun 2012 bersamaan hari sabtu hari tu, genaplah usia perkahwinan aku yg ke-6. wah!! tak sangka dan alhamdulillah sangat-sangat sebenarnya sebab jodoh kami berkekalan sehingga kini. dan diharapkan akan berkekalan hingga ke syurga.. Amin..
jd, untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami ni..Aku merancang dengan en.suami utk menambah anak    raikan di rumah jer. cukuplah sekadar ala kadar sahaja.apa yg penting bagi aku, aku nak sambutan ni akan jadi kenangan yg terindah buat aku dan suami.. Ehhcehh ceh... aku nak.. dia ingat detik manis ni sampai bila -bila.
aku tak minta makan di restoran yg mewah,aku tak mintak hadiah yg mahal (tp kalau dia bagi aku ambik rezeki tu..), tapi hanya satu yg  aku minta pd dia, agar dia jd suami yg terbaik buatku sampai ku menutup mata...
ok lah jom tolong raikan cinta kami.. aawww..
sapa rasa tak sanggup nak tengok, takyah tengok yer.. kang ada yg muntah pulak!!

ok tarik nafas.........
ok    go!!!

 Happy Anniversary my love..

 i love u  - i love You Too  katenyer..
 Candle Light Dinner la sangat kan.. hikhikk..

 walaupun hadiah tak semewah mana... 
tapi aku tetap happy sangat-sangat. sbb ini adalah kenangan yg terindah..

 love u lah abang..
 tq..sangat kat hubby masa ni. sbb dia sporting pulak,masa aku nak ambil gambar dia..
 kalau tak.. ''ah!! tak mo lah'' '' ishh mama ni.. takyah la..'' katenya..

  love u muah..muah... (silakan muntah hijau)

 Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia..
 Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
 Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


- sekian -

-bye-