Jom Join!!

Aug 11, 2011

Kuih pun ada identiti . x caya? jom tengok kat bawah nie!!


kuih paling gangster
 Kuih Lompat Tikam


Kuih Paling Saxy
Kuih Puteri Mandi


Kuih Paling Keji
Kuih Tahi Itik


Kuih Untuk Awet Muda
Kuih Seri Muka


Kuih Paling Alim
Kuih Ketayap


Kuih Penyakit Lelaki Kronik
Kuih Batang Buruk.. (oppss Sorri)


Kuih Dalam Zoo
Kuih Badak Berendam


Kuih Yg Boleh Bangun sendiri
Kuih Bangkit


Kuih Yg Paling Tenteram
Kuih Makmur


Kuih Paling Lembap
Kuih Siput

Aug 10, 2011

Penghabisan stok Tungku Moden

salam semua...
ada sesiapa yg berminat nak beli Tungku moden?

 untuk penghabisan stok.. cepat..cepat..
siapa cepat dia dapat..
RM 25.00 sahaja.

jika berminat sila tinggalkan comment dibawah.
TQ !!




Aug 1, 2011

baju gaun polkaldot


tadi dah citer pasal kenakalan aku masa bulan puasa..
sekarang aku nak sambung citer balik, pasal baju raya...
puasa dah la x habis. tp semangat raya berkobar-kobar.. 
tak malu!!!
biasalah kan budak-budak..

sebenarnya ni boleh dikatakan citer sedih nie..Salah satu kenangan yg x dapat dilupakan ketika bersama abah.
sebelum apa-apa aku nak citer sikit pasal abah aku nie.
Arwah adalah seorang yg sangat baik hati, penyabar, penyayang dan seorang yg Mr.cool..
tetiba teringat pada kenangan lama nie.Masa tu aku baru  darjah dua kot..
abah ada belikan aku ngan akak aku baju gaun corak polkadot.Akak aku warna merah putih.aku pulak warna hitam putih.kiteorang memang selalu pakai baju corak sama.kadang-kadang warna pun sama.
akak aku tu tua setahun jer dengan aku. masa kecik kite orang mmg rapat giler lah. macam isi dengan kuku.
kemana jer mesti pakai baju sama.dah macam kembar plak.

sambung blk pasal baju gaun polkaldot td.
mak kata.. itulah satu-satunya baju yg abah aku belikan utk kite org.dia yg pilih.
selalunya.. bap beli baju mak yg belikan..tp tak tau lah kenapa.. 
abah belikan ktorg baju polkaldot tu utk ktorg.
masa dapat tu.. aku ngan akak aku tak sabar-sabar nak cuba baju tu..
malam tu jugak ktorg cuba baju tu. 
siap pakai kasut kilat yg  bereben lg kat depan tu.
pperrrhhh.. masa tu.. aku rase aku lah yg paling bergaya sekali.
sambil pusing-pusingkan badan. tangan kiri pegang hujung baju..tangan kanan masuk satu jari telunjuk dlm mulut..
hahahhaa.. klakar weeii.
aku rase. aku masih simpan lg gambar aku pakai baju tu,
kalau b'kesempatan aku cari balik gambar tu dan tempekkan kat blog aku nie.hihiiii.


seronok pulak kalau diingat balik kenangan beraya masa dulu-dulu.
terasa kemeriahannya.. tak macam zaman sekarang.Raya hanya terasa masa pagi raya tu jer..
masuk tengahari.. baju raya pun dah tukar..

eehhh... cepat betul aku cerita pasal raya ye..
puasa pun belum sampai sehari dah citer pasal raya..
ok ler cacicau...
Assalammualikum..



1st Puasa (teringat pulak masa zaman kecik-kecik dulu)

Assalammualaikum semua..
Salam 1 Ramadhan.Hemm.. memandangkan hari nie hari pertama kita berpuasa.
ramai yg duk bercerita pasal Puasa nie. pagi td  pagi -pagi lagi aku dah dengar kat Hot FM org duk bercerita pasal puasa.G opis plak bukak blog. org duk citer pasal puasa lg..
nie yg aku tetiba teringat kenangan lama nie.
teringat aku masa KECIK-KECIK dulu. bila time puasa jer aku selalu mengelat. hihiii..
tp aku rasa bukan aku sorang jer kot yg buat perangai mcm tu. mesti korang pun pernah buat macam aku.
ker aku sorang jer yg  buat.
korang semua baik!!
ingat lagi masa sekolah rendah dulu.Kalau time puasa jer mesti ada sehari dua aku puasa Yang yuk.. pagi-pagi buka periyuk.hihiii
orang bangun sahur aku bangun sahur.Orang berpuasa aku pun nak gak.. tp org puasa penuh. aku!! setengah hari jer.. hikhikk..
ingat lagi ada satu hari tu..memang aku nakal sangat masa tu.
masa tu bulan puasalah.. aku pergi sekolah naik basikal ngan kangkawan aku.  ingat lg basikal aku warna merah. ada bakul lg kat depan tu.
dalam perjalanan  ke sekolah.Tayar basikal aku boleh plak pancit.Adoii..
sabo jerlah aku..
aku x ingt lah masa tu aku darjah berapa. tp dah agak besar sikit kot..
maka aku pun tolaklah basikal tu sampai ke sekolah.
alhamdulillah sampai gak kat sekolah.
tp yg tak bestnya bila time rehat..adoii yaii.. 
nipis betul iman aku masa tu.. hihiii..Pantang di goda.
dulu kalau kita sekolah pagi  rehat kan pukul 10.masa tu dah panas sikit dah.
tekak pun dah rase kering.aku tahan lagi. tapi yg tak tahannyer bila kena hasut
dengan kawan aku. ade ker dia ajak aku beli ais krim m'sia kat umah cikgu.
mula-mula aku tak nak.tp bila tengok ramai kawan-kawan aku yg duk makan aiskrim tu kat garaj kereta cikgu aku pun terjebak gak..
bila dah ada tenaga.. aper lg. ramai pulaklah yg ajak main galah panjang.hihii..
mentang-mentanglah baru isi Ron 97 aper lg.. berdezupp perginya.
bila dah penat main.. ramai -ramai pakat g basuh muka.Padahal.. sambil menyelam minum air.. hihiiiii...
nakal-nakal....
tp tu dulu mase kecik-kecik.. Masa tu Aku insan yg lemah.. Hanya Mampu bErserah...hihiiiii
tp sekarang aku dah berakal..dah boleh fikir Dosa pahala tak kan nak buat cam tu lg kot.
tp bila terkenang balik kelakar pun ada menyesal pun ada.
Bak kata orang.
pengalaman boleh mendewasakan kita..betul tak?
ok ler.. sampai sini jer. kang citer lebih - lebih kang
kurang pulak pahala puasa aku hihiii
salamat berpuasa
dan selamat beramal....
akhir kata dari aku..
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.MANIS TAK KURAMA ITU????... hihiii

Jul 29, 2011

Dalam Tv pun bikin PANAS yg Luar TV pun Bikin Panas.




salam semua...
mesti korang semua datang keja dengan mood yg hampa kan.
sama gak ngan aku.
semalam aku bersemangat giler nak tngk bola.
mestilah nak tengok harimau jumpa singa.
punyalah bersemangat.Petang semalam balik dari opis.
sampai je rumah terus letak beg letak segala-gala barang yg ada kat tangan.
terus masuk bilik tukar baju 
dan terus g dapur utk masak.
( x mandi pun.hihiii.. lepas masak baru mandi nanti badan bau bawang)
masak yg ringkas-ringkas je.asal perut kenyang sudahlah tul tak?
habis masak pukul 7 mlm .
pastu uruskan  budak kecik dua org tu. 
  7.30mlm aku dah hidang nasi utk mkn mlm.
perhh.. awal tul aku makan malam semalam.
selalunya pukul 8.30mlm baru aku siap masak n makan.
tp semalam, bola punya pasal.
7.30 aku dah makan..
hebat tul penangan bola ni.
Alamak.. kat maner td?
ok sambung blk..
siap jer makan aku terus mengadap tv.
layan berita dulu..
pukul 8.30 jantung aku dah berdebar-debar dah.

bola start pukul 8.45mlm.aku masih cool lagi.

bila dah 20minit berlalu permainan aku dah panas dah.
aku dah tak duduk diam dah atas kerusi tu.
aku dah berdiri dah..
jerit jangan cakaplah..
dah tak hairan dah jiran kat sebelah rumah.
tp yg tak bestnyer.. aku sorang jer yg poyo.
laki aku muka mcm tak de perasaan pun.
sabo jer lah.
eehhh... melalut lg. 
siap kutuk laki lagi Tak baik tau!!
abg nanti kat umah syg minat maaf blk ye..
ok smbg blk..

OK. .dah la panas hati tengok pemain m'sia main tak gol-gol.
cedera lagi aduiii.. Yaii.. panas hati tullah.
yg dlm Tv  satu hal..

yg kat luar tv pun nak wat hal gak.. adooiii..
mula ngan si Nabila..

mama nak shu.. (susu).
kejapla dik. mama sibuk nie..
mama nak shu!!!!(makin kuat)
aku kasi dia bekas air dia..
tetiba dia campak bekas air tu.
aku nak meradang dah..
pas tu aku tny. asal tak minum?
bila aku angkat blk botol tu. Rupanya bekas tu dah kosong patutla dia campak botok tu.
hemmm oklah.. Salah mama..
dia mengamuk lagi..
mama nak SSSSHHUUU!!!...
yerlah yer lah.. heerrrr!!!
aku pun buat kan lah susu dia.
tetiba si Faiz dtg. Mama nak susu..
nak dlm cawan.
EEhhh.. aku  rase pelik plak ngan faiz nie sejak bila pulak minum susu 
dlm cawan nie. Nie dah cukup BAGUS ni.
aku pun buatlah susu utk 2 org budak kecik ni.
yg abg dah selesai. Tinggal yg Adik plak.
aku kasilah susu kat si  kecik tu..
dia campak lagi..
eeee... geramnyer aku.APer lagi ni dik!!
nak wan.. nak wan.. O nak susu dlm cawan ker?
ok lah.aku pun masukkanlah separuh susu dia dlm cawan.
sama mcm abg dia.
dia menangis pulak!! melompat-lompak!!!, menghentak-hentak kaki,berguling-guling kat dapur tu!!!
eee.. geramnyer aku..
aku tak tau aper lg budak kecik ni nak sebenarnya..
tu salah ni salah.. aku nampak dia
kecik BESO.. Kecik BESO jer..
Geramnyer! menguji kesabaran betul.
aku dah malas nak layan dah..
nasib  tukang pujuk profesional dtg.
selesai masalah aku.
yg tak selesainya.. yg kat dlm TV tu.
bedebar-debar jantung aku.bila tengok bola asyik kat depan pintu gol Singapura.
mana lagi masa pertama dah nak habis..
adoi.. tertekan aku..

Wahh!!
dah mengalahkan Juru latih Skuad Harimau Muda pulak aku ni.
juru latih pun COOL jer kat luar padang tu.
aku pulak yg Over giler kat depan TV.
adoii letih aku dok bersorak tak gol-gol jugak.
geram tul.

tp nasib ler. bila masa ke dua m'sia dapat jaringkan satu gol
 sejuk sikit hati ni.
ok lah drp takda gol langsung.
yer tak?


Walau aper pun Harimau Muda 
ULS..
Tetap AAAAOOOUUMMM....
heheheee...
 






Jul 22, 2011

Aku Rindu Sayang Kamu- black mentor



Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh
                                                                 Ulang Chorus 3x

p/s  : nie lagu peberet budak tecik berdua nie... 

Jul 6, 2011

JOm Kita Belajar Berjimat !!!!




sekarang nie harga barang semakin naik..
tp gaji tak gak naik2!!!
kos untuk sara hidup semakin tinggi..
tp pendapatan bulanan masih lg rendah.. 
camnor???
hadoii.. 
pening kepala den..
jd cara paling berkesan untuk kita teruskan kehidupan
kita seharian
adalah  berjimat cermat.

kay..
kat sini aku nak kongsi ngan korang semua.
cara2 nak b'jimat cermat
antaranya:






1) duduk d rumah jika tiada tujuan




 2)elakkan beli barangan yg tidak penting


3)sentiasa survey harga dari satu kedai ke kedai yg lain



4)belajar cara tawar menawar


5)Amalkan makan dahulu d rumah sebelum pergi shopping


6) elakkan beli barangan yg berjenama 



7) Tutup semua suis dan peralatan elektrik  jika tidak digunakan



8) Sebaik-baiknya gunakan kipas angin dan
elakkan penggunaan penyaman udara.

9) Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

 
10) basuh pakaian dengan kuantiti yg banyak




ok. tu jer yg aku dapat kongsi ngan korang.. 
selamat beramal... hihiiii..