Jom Join!!

Feb 17, 2016

Majlis Alumni IKBN (JITRA) Siri 1/2016

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua...
hi korang,hari ni aku nak kongsi rasa gembira aku dengan korang...
sebenarnya pada 07-02-2016 bersamaan hari Ahad.
Maka berlangsungnya Sebuah Majlis yang akan meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku.
Sebenarnya Majlis ni, dirancang tanpa sengaja.
Pada asalnya kawan-kawan aku saja je main-main kata nak buat perjumpaan dengan bekas warden kami iaitu En.Rosli. Kami pun saja pilih tarikh tu sebab tarikh tu, cuti panjang, Tahun Baru Cina.
Kami cadang nak buat perjumpaan yang simple je.. just nak jumpa Warden, lepas tu nak berkelah kat tepi tasik Darul Aman je. Last-last,  aku bagi cadangan why not kita buat lawatan terus ke IKBNJ dah alang-alang datang dari jauh kan..
Dari situ, ramai pulak yang menyokong, aku pun terusla bersemangat.
Kebetulan pulak aku dapat berhubung  dengan Pegawai yang incharge pasal Alumni.
Nama pegawai tu. Pn.Haslinda, Puan ni memang banyak tolong aku, kadang-kadang tu sampai tengah malam pun dia masih layan lagi whatsapp aku.
ingat lagi masa mula-mula aku cakap pada Pn. linda ni. Puan saya ni bekas pelatih IKBNJ kami bercadang nak buat lawatan pada sekian tarikh.. bla..bla.bla... pas tu, pun. linda cakap tak boleh,sebab pelatih IKBN semua bercuti.Pn. cuba cari tarikh lain ye..  Aku dah hampa sikit dah masa tu.
Tapi aku kuatkan jugak semangat.. aku cakap tak boleh puan. kami memang nak tarikh tu jugak, lagi pun tarikh tu je sesuai sebab cuti panjang time tu.Kami semua tinggal jauh, ada yang dari pantai timur, selatan.. kami dah sebulat suara memang nak tarikh tu jugak. tolong lah puan.hiihihi..
last-last pn. linda pun cakap.. ok takpa saya cuba tanya Pengarah dulu. kalau dia ok. nanti Puan buat surat ye. aku pun. tunggu dengan penuh debaran. aku siap whatsapp kat Pn. linda. Puan masa masuk bilik pengarah tu..puan jangan lupa bawak ayaq sirap bandung tau. biaq sejuk sikit hati Pengarah hihii..
gelak Pn. Linda baca whatsapp aku. Tak lama lepastu, puan linda balas whatsapp aku.
Puan.. Pengarah dah setuju!!.. Aku rasa nak melompat, nak nangis semua ada masa tu.. Alhamdulillah.
Lepas tu Pn. Linda whatssap aku, ok puan tolong buat surat ye, dalam surat tu tolong ajak sekali Pengarah dan Ketua Alumni Semalaysia ye.
dalam hati aku. Alamak.. sekarang Majlis dah jadi besar-besaran ni.dah tak boleh buat ala kadar ni. aku kena buat betul-betul ni, sebab dah melibatkan VVIP.Jantung aku mula berdegup kencang..
aku dah la tak pernah ada pengalaman buat benda-benda macam ni.
ok takpa... aku kena sahut cabaran ni. aku kena kuat semangat.dan jadikan Majlis ni satu realiti,bukannya mimpi... wah gitu.hheheehe.
ok macam biasa aku dah mula gabra..
aku terus kumpul AJK. tapi yang bestnya AJK ni,semua tiada pemilihan aku je main kutip nama diorang dan ajak bincang sama-sama.haha.. memang kerja giler..
dan lagi giler.. aku sendiri tak tahu,macam mana aku boleh jadi ketua Majlis.hahaha..
tapi serius cakap,AJK kami memang terbaik..
Walaupun tiada jawatan yang khusus sebenarnya tapi diorang semua buat kerja dengan baik.
Alhamdulillah.. Allah temukan aku dengan diorang yang baik hati ni. tanpa diorang, aku rasa, program ni takkan jadi kenyataan.huwaa... aku rasa nak nangis sebab terharu sangat.
Aida,K.Ila,K.Intan,Angah,K.Faezah,K.Ku,Man,Abg Chik,K.Jamilah. Terima Kasih sangat-sangat.korang memang terbaik...

Hari demi hari, waktu silih berganti..
dalam masa sebulan perancangan dan persiapan dilakukan..
maka hari yang ditunggu telah tiba...

07- Feb-2016 * Ahad * Dewan IKBNJ

maka berlangsungnya..

Majlis Alumni IKBNJ siri 1/2016

Keratan Akhbar Sinar Harian  pada 16/2/2016 (semalam)

Ucapan daripada Pengarah IKBNJ 

Ucapan daripada Presiden Alumni Semalaysia

ketaq lutut saya masa ni,first time kena berucap atas pentas.depan VVIP

Acara Perasmian (potong Kek)
bersama Pengarah IKBNJ dan Presiden Alumni



nilah Pn. Haslinda yang banyak tolong saya tu.
Tq Puan Linda.


Sesi Bergambar bersama Presiden Alumni Semalaysia iaitu En. Samsudin Oli

Bersama Alumni IKBNJ

 Barisan AJK yang Sporting.
tapi tak lengkap ni,ada lagi yang belum sampai masa ni.

AJK
kek sempena pelancaran Majlis.


berkumpul untuk lawatan ke bengkel

 sempat juga aku ikut lawatan pagi tu. Masa ni lawatan ke bengkel batik

 Lawatan ke bengkel jahitan.
ni semua hasil kerja pelatih IKBNJ. kecualia yang baju merah tu haha

 aku juga bekas pelatih IKBNJ dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita.
antara pakaian yang aku belajar masa tu.baju gaun pengantin,Blazer,cheong sam,seluar slack,kebaya dan banyak lagi. Alhamdulillah.. aku dapat habiskan latihan aku sampai ke Tahap 2.
 Bengkel Batik


 Bersama Aida, tak sangka aida ni,rupanya kawan saya dari sekolah rendah lagi. kami terpisah sebab dia ikut ayah dia bertukar ke kuantan. Dan kami jumpa semula di IKBNJ

 Bersama BFF saya k.faezah.

 Pasangan Meletop IKBNJ  
Cikgu dan Anak Murid. Bertemu Jodoh dalam IKBNJ
Cikgu Hamid & Ila

Best Couple IKBNJ
Asun & Aishah
pasangan ni bercinta dari belajar kat ikbn lagi

yang ni pun pasangan yg bercinta dari zaman  IKBNJ
Own & Tam

 nasib ada BFF, dialah yang tolong ubah-ubahkan sikit ucapan saya pagi tu.

 Masa ni wartawan tengah ambik gambo aku utk masuk majalah kot hihii..
rasa kekok sangat masa ni. selalu  aku bergambo senget-senget. ni kena tegak je..
keras terus aku kat situ haha..
 Bersama teman sepejuangan.
 ni gambar candit ni.hahha..
 Urusetia pendaftaran.

 sesi berkenalan dari ajk bersama pengarah
 sesi bergambar
AJK & Pengarah
 Guest Book

tercekek hakak makan bersama VIP dik non..
nasib Pengarah IKBNJ dan Presiden Alumni sporting.
tapi... yang klakonye.. lepas abis je majlis.. aku terus cari nasi  balik..
lapo weii.. 

Barisan AJK dapat jemputan dari Mak su. 
Makcik Cafe yang selalu terpahat dihati kami masa zaman belajar kat IKBN dulu.
masa ni majlis dah selesai dah. Maksu jemput kami datang rumah dia. makan laksa dan cucur udang sedap sangat. rindu masakan maksu.
perrh.. sampai sendat perut aku hari tu..
apa pun terima kasih mak su.

ok  tu je gambo yang hakak ada.
tu pun hakak ambik dari fb kawan.hihi.
hakak takda gambo kejadian dik non..
hakak busy layan vvip hari tu..hihihi
ok lah tu je kot..

terima kasih yang tak terhingga buat Pengarah IKBNJ, Presiden Alumni Semalaysia, pn. Haslinda dan semua AJK yang terlibat.

Insyaallah kalau ada rezeki,
kita berjumpa lagi. di siri yang ke-2


IKBNJ tetap dihati selamanya.

No comments:

Post a Comment