sebenarnya aku baru je nak menjinakkan diri dalam amalan kitar semula ni.
tak sangka MR. Mat Cool (suami aku) dan anak-anak pun bagi sokongan kat aku.
bagus..bagus..bagus...
besar manfaatnya tau..antaranya
kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita
siapa rasa sayang pada bumi..
jom sama-sama kita amalkan amalan kita semula ..
botol minuman plastik
bukan setakat botol minuman je yang boleh dikitar semula.
botol sabun,syampoo,minyak pun boleh jugak..
asalkan botol plastik.
pakaian lama..
Di pusat kitar semula putrajaya ni. pakaian lama hanya boleh dibuang di sini.Tetapi tidak boleh dijual.
Kadar Harga barang untuk kitar semula..

PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA.
Alamat Resmi:
Pusat Kitar Semula Komuniti
Jalan P9B, Precint 9
62250 Putrajaya MALAYSIA.
Tel: 03-88877785
Waktu Operasi : Setiap Hari , 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Waktu Operasi : Setiap Hari , 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Ada dua kategori atau klasifikasi barangan kitar semula yang perlu anda
ketahui, iaitu; DIBAYAR dan PERCUMA. Maksud DIBAYAR adalah serahan yang
telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti akan dibayar dengan wang
tunai mengikut penjadualan semasa harga bayaran*
sebagai habuan. Manakala PERCUMA membawa maksud serahan yang telah
dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti tidak dibayar dan tiada habuan,
namun ada nilai kemasyarakatan disebaliknya dan disamping amalan 'bumi
hijau'
Senarai Barangan Kitar Semula DIBAYAR:
1. Surat Khabar Berwarna
2. Surat Khabar Hitam Putih
4. Kertas Campur (Warna-warni)
5. Kertas Kotak/Kotak Kertas
5. Kertas Kotak/Kotak Kertas
6. Majalah
7. Kotak Air Minuman
8. Tin Aluminium Dan/Atau Besi
9. Bateri Kereta
10. Minyak Masak Terpakai
11. Botol Plastik Bekas Air Minuman (contohnya; botol plastik air mineral)
Senarai Barangan Kitar Semula PERCUMA:
1. Kaca
2. Pakaian Terpakai (dirapikan semula oleh Alam Flora, dijual semula {BUTIK 3R} dengan maksud hasil jualan akan diberikan kepada badan kebajikan)
Sumber: http://www.cakapniaga.com/2011/06/pusat-kitar-semula-komuniti-presint-9.html
ooo..baju pun boleh letak kat sini ek..
ReplyDeleteharge minyak masak terpakai pun leh tahan jugak kan..
org selalu letak balik dalam bekas minyak tu, pastu letak kat tempat sampah jer..
very good info..
ida pun tengah kumpul minyak terpakai...
Deletedaripada buang.baik kita jual.. hihihiiii..
Boleh saya tahu berkenaan pakaian terpakai tu..... pakaian mesti elok? Kalau pakaian lama yang dah tak elok, untuk dibuang boleh dihantar ke situ juga ke?
ReplyDeletezaid putra.selalunya,selepas kita hantar,pihak kitar semula akan pilih dahulu.mana yg masih elok dia akan jual,yg tak elok dia akan buang.
ReplyDeleteBotol sabun kain, syampoo bole ke ?Buku2 sekolah yg xpkai bole jgk ke ?
ReplyDeleteBoleh
DeletePakaian lama yg x elok/ buruk sgt.....blh buat kain buruk.....lap kereta ke....lap kaki ke....lap lantai pn blh...kira recycle jugak tu🤓😎
ReplyDeleteSy tercari2 jugak tmpt recycle buku2 agama sekolah....kena buang beradab🧐
ReplyDeletekalau buku2 mcm tu.. kalau masa sy kt kg..sy akan bg pd pejabat agama..
DeletePakaian2 lama tu boleh tak kalau dimasukkan dalam tong kuning kitar semula yang disediakan di setiap unit rumah kuaters?
ReplyDeletePkaian yg ada di tempat tu akn d jual kan..brapa kadar harga pkaian akn d jual??klu nak beli kadar harga brapa??
ReplyDeletePakaian kat situ boleh ambik je..X pyh bayar rasanya...selalu ya Bangla/indon akan tunggu awal2 pagi bilanorg hantar dia pilih dulu
Delete