Assalamualaikum hai semua..
apa khabar harap sihat lah yer...,
fuh lega rasanya bila PM dah bentangkan bajet 2016. Maka dengan ini selesai lah sudah tugasan kami untuk malam bajet hari tu. Hamboii bukan main lagi macam la aku yang pecah kepala nak fikir itu dan ini, Padahal wat keja menyusun ucapan bajet je pun.hihihi..
cakap nak beso jer ko ni hahaha.
jom layan gambo masa malam bajet hari tu.
gambo lintang pukang ye kawan-kawan, aku malas nak susun ikut citer sebenar haha..
Tahun ni kami bertemakan Merah..
Kak Nad, aku & Wani
sempat lagi berselfie sebelum PM sampai.
ni sebelum masuk bilik penyusunan, hampeh je masa ni. kita orang ingatkan bilik ni kunci.
dukla tunggu pak guard buka pintu,Sekali pegawai kami datang dan dengan selambanya dia bukak pintu tu,hahaha.. aduhai terasa vengong sangat masa tu.. tu lah banyak sangat makan kan.. ni lah jadinye.
ni la bilik penginapan kami. tapi kami tak tidur pun kat dalam hotel ni.semua pakat tidur kat pantry.
bilik ni kami guna untuk mandi petang khamis tu je.Tak larat nak pergi ke blok selatan. jauh giler rasanye.
Malam khamis tu kami makan nasi arab, boleh tahan jugak rasa dia. sebab ada sambal ala-ala sambal wong solo tu,sedap pedas.. ikutkan aku tak berapa gemar makan nasi arab. tapi nasi arab ni aku bagi 4bintang. sebab kena dengan tekak aku.
ni pulak puding Di Raja. sedap...
Rasanya kalau malam bajet,puding ni memang jadi kegilaan semua orang.
ni semua muka orang kekenyangan.licin semua pinggan.. lapo yer.
ni la bilik penyusunan, masa ni PM belum sampai lagi,apa lagi jom selfie...
bila tengok balik gambar ni, barulah perasan. yang kami dah tinggal banyak ni je.huwaaa sedih...
kalau dulu,meriah bilik ni bukan main lagi ramai staf tapi sekarang ni je lah yang tinggal. kesian kita orang... huwaa..
Nak buat macam mana hidup mesti di teruskan yer dok..
mana yang dah berhijrah ke tempat lain, harap korang semua happy kat tempat baru..
ok dah jangan sedih lagi jom sambung cerita.
lepas aje ambik gambo ni, sekali aku tengok tetiba PM pun sampai.
fuhh nasib masing-masing semua sempat ke tempat asal...
lepas PM dah balik tu kami terus start buat kerja dalam pukul 10.00 malam macam tu lah..
masa ni dah pukul 3.00 pagi kami masih lagi menyusun..
mata tak ngantuk lagi masa ni. sebab masing-masing tengah rancak bersembang..
di tambah pulak dengan lawak tak menjadi dari aku..haha..
Masa tengok gambo ni baru aku perasan. Eh., mana budak sue ni, ni mesti tengah ambik jajan ni.
dak sue sekarang bukan main lagi nafsu makannye.. badan kocik tapi nafsu makan tet......... hahaha
mampus aku kalau dak sue baca n3 ni.
susun punya susun, punya susun... sekali jam dah pukul 5.00 pagi dah... aku tengok semua dah lemah.
macam patung yang dah nak habis bateri,termasukla aku. aku rasa mata aku dah macam mata panda kot... kalau panda tengok sure dia ketawakan aku hihihi.
Arrggghh.. dah tak boleh tahan dah. terus ajak geng-geng semua pergi tidur.
ok whatssap group yang ke dua. minta tolong sambung kerja kami. kami dah tak larat sangat masa tu... bila group yang ke dua dah sampai je, kami terus serah tugas..
pastu masing-masing jalan macam zombi... sambil cakap otak... otak.... (ok yang ni aku tipu).
sampai je kat pantry, diorang bentang tikar dua lapis, ambik bantal sorang satu,lepas tu semua pengsan. Aku tak tidur kat tikar tu. aku tidur atas sofa..cerdik tak aku? hahhha.. hangin je kak Nad kat aku. Dia cakap ko pandai kan... kau tidur atas sofa. kita oarang kat atas tikar. Haaha.. apa nak buat kak... dah dilahirkan cerdik ni kalau Kak Nad baca ni. mesti dia PUiiii kan aku cukup-cukup.
Pagi tu, pukul 7.30 pagi kita orang dah bangun.Nasib semua bendera merah so takdalah kelam kabut nak solat subuh.
Pagi tu nak mandi punyalah bercinta.tengok air pun rasa seram..
jadi macam biasalah.mandi P.Ramlee je lah.hahhahaha....
yang penting sembur minyak wangi satu botol hahaha.
ok lah dah tak tau nak citer apa dah.
nanti kalau ada story lagi aku citer yer..
K.Bai