Jom Join!!

Jan 29, 2015

pisang cheese malaya.


Nyum..nyumm sedapnye pisang cheese ni. 
tak sangka kat bawah rumah aku dah ada jual pisang cheese.
senang lah aku lepas ni. agak-agak teringin je nak makan  pisang cheese. 
turun je kat bawah rumah.. tak payah lagi beli kat bangi nun.


sebenarnya gerai pisang cheese ni baru je dibuka.
kalau tak silap aku hari selasa hari tu.
aku ni pantang tengok makanan. semua aku nak hehe..


tambah pulak bila orang melayu yang berniaga. kita kenalah sokong.
yer dak..

eh korang yang tinggal kat sekitar putrajaya bolehla cuba PISANG CHEESE MALAYA ni.

Alamat:

kafe kuarters prisint 9, fasa 8 
atau lebih dikenali kuarters pensil
buka dari pukul 4.00ptg - 12.00 mlm.

Jan 28, 2015

Lego

sekarang ni.tiap-tiap minggu si faiz ajak aku pergi pasar malam.tujuan dia.. apa lagi nak cari koleksi lego dia lah.. macam-macam jenis kartun ada.

 aku layankan aje. sebab harga lego ni.taklah mahal sangat. tiga kotak RM10.00 ok lah kan... daripada dia minta lego ori tu mahal.aku pulak tak mampu nak belikan.
comel kan lego ni.kadang-kadang dengan aku sekali tolong pilihkan utk diorang..
hehehe.. mak ngan anak sama naik je ye...

ok tu je bye...

Jan 27, 2015

Assalamualaikum


Assalamualaikum semua,
rindunye lovely kat dunia blog ni. dah lama tak berkongsi cerita suka duka kat sini.
banyak sebenarnya cerita yang lovely nak kongsikan
tapi masa tak mengizinkan.
apa pun lovely selalu je cuci mata kat blog korang.
hilang sekejap rasa stress bila baca blog korang.
ok lah bye..




Jan 7, 2015

Bercuti di Sabah

ewah.. bukan main tajuk bercuti di Sabah ye.. sebenarnya balik kampung hubby.
macam ni ler bila dah merantau, balik kampung pun setahun sekali je.
sebenarnye ni cerita tahun lepas, hujung bulan 12 hari tu...hehe..
macam le lama sangat ye, padahal bulan lepas je pun...

dalam ERL menuju ke KLIA
bukan main budak berdua tu, seronok dapat naik ERL

Mak ngan bapak nye pun nak juga bergambo.
masa ni kat KLIA

gambo ni aku ambil sebelum kapal terbang ni berlepas..
suka tengok awan yg berkepul-kepul tu.

masa ni tengah beli udang galah,kat kampung en.hubby
murah-murah udang kat sana weiii puas makan.

yang ni ibu mentua aku.
tengah beli ikan baung. siap ambil kat dalam sungai lagi..

dua orang ni. adik ipar aku.
masa ni, diorang teman aku pergi pekan papar,
beli kuih cincin.
kuih cincin dari papar memang sedap.rangup..
dalam kapal terbang nak balik ke KL dah.
masa ni,takut sangat nak naik kapal terbang.sebab sebelum tu dapat tahu yang kapal Air Asia Indonesia hilang.
masa ni aku berserah je pada takdir...
Family aku yang kat KL semua dah risau.harap sangat aku selamat sampai.

cuaca pulak hujan masa tu. memang seriau sangat..

masa nak mendarat kat KL tu, cuaca kurang baik,masa kapal tu langgar awan siap bergoyang-goyang lagi, ada sekali tu kapal tu siap terturun sikit ke bawah. aku dah pucat lesi. siap genggam tangan anak aku. memang takut sangat masa tu.
tapi Alhamdulillah.. Akhirnya kami selamat sampai di KLIA..
syukur sangat-sangat.

update cerita faiz

hachummm..
hoi.. penuh habuk belog aku ni, udah lamer bebeno teman tak update cirita kat belog ai ni.
ater mari ler kita bercerita yer..
ok hari ni, aku nak update citer pasal budak yang tengah montel sekarang ni. siapa lagi.. si faiz nabil tu ler.
ajer giler maknye, baru perasan yang anaknye udah montel semenjak cuti sekolah ni.
ramai member aku yang tegur.ehh eh.. faiz montelnye sekarang...
hehehe... kalau setakat dua tiga orang yang tegur aku tak kisah ini empat lima orang yang tegur...hihii
ajer giler lagi.. aku baru terfikir.. eh.. muat lagi ker baju sekolah faiz tahun lepas.. entah-entah dah sendat.hahhaha..
aku pun aper lagi. cuti krismas hari tu baru aku suruh dia cuba balik baju sekolah dia yang tahun lepas tu.ternyata seluarnya udah tak muat..hihii.. terkeluar sebahagian isi perutnye.huhuhu... kesian anak aku.oklah nanti mama belikan baju baru ye.
aternye hari ahad hari tu baru aku belikan baju baru untuk dia. nasib masih ada lagi saiz..

 tu dia budak montel tengah menyorok belakang mama..
muka dia dah bulat kan.. 
tahun ni,abang faiz dah darjah dua. sekejap je masa berlalu.