Jom Join!!

Mar 27, 2014

Pulau Pangkor

percutian yang dirancang oleh adik beradik aku. dah jadi kebiasaan family aku. setahun sekali akan buat percutian dalam negara.. Ehhh... kejap..kejap.. bukan sekali dalam setahun...
tapi dua tiga kali. dalam setahun kooott... muahhahahaa...


Destinasi kami.. Pulau Pangkor...
sekali lagi kami menuju ke sebelah utara...  
Bila pula nak menjejakkan kaki ke Pantai Timur ni...???  Insyaallah.. kalau ada rezeki.. Rombongan Anak, menantu, cucu, cicit Alias akan sampai juga ke sana. Tunggu...

Rombongan Cik kiah sebelum naik bot. menuju ke pulau... alamak.. tak ingatlah apa nama pulau tu..

yea.. dah sampai.. jom kita snorkeling..
Tapi hati-hati ye. Batu-batu kat sini teramatlah licin...
sampaikan ada seorang budak perempuan yang terkoyak dahinya...

Banana Boat..
aku tak naik pun...
tengah syok berendam kat tepi pantai masa ni..  Abang ipar dan anak buah aku je yang naik...
bukan main syok lagi diorang..
Rasa menyesal pulak aku tak joint masa tu. takpa... lain kali aku pulak nak cuba...

 Dah syok main kat pantai.. kita masuk pulak kolam renang...


hari ke-2.
melawat sekitar Pulau pangkor...  gambar ni masa melawat Kota Belanda Pulau Pangkor


Muahhaaaha.. Aksi spontan 3 beradik.

Destinasi ke-2 Taman Fu Lin Kong


Aku Dan Kak Ita.

My Happy Family..
tapi tak cukup ni. ada satu keluarga lagi yang takda dalam gambar ni..



Bekal

comel tak bekal ni. gara-gara terpengaruh dengan Lieyalatif. gigih aku cari bekal ni kat Daiso.

bekal untuk nabilah.. Nasi Goreng + nugget ayam.

senyum sampai ke telinga Nabilah dapat bawa bekal yang serba pink ni..

Mar 18, 2014

Air Epal + Aloe Vera

Siapa suka minum air ni.. cepat angkat tangan macam saya...
muahhhaaa...  eh..siyerss aku memang suka beno minum air ni...
sebab apa tau... sebab ada Aloe Vera tu... errmm sedapnye..
kalau bulan puasa.. memang takkan lupa beli air ni..
cepat dan sedap..  tak payah nak beratur panjang kat bazar ramadhan tu..
Eh...eh.. asal tetiba cerita pasal bulan puasa ni...
Sabo..sabo... lambat lagi bulan Ramadhan.


Antara Khasiat  Aloe Vera dan Epal Merah:

Aloe Vera:
-Merendahkan Kadar Kolestrol
-Mengurangkan tekanan darah tinggi
-Anti bakteria dan mengurangkan sistem imunisasi.

Epal Merah:
-Mengurangkan risiko sakit jantung
-Mencegah penyakit kanser
-Mengandungi Vitamin C,A dan B kompleks.

Mar 17, 2014

Serba tak kena.

hari ni aku rasa macam semuanya serba tak ke...
hilang segala mood yang ada dalam diri ni...  tapi aku harap..janganlah berlarutan sampai petang..
sebab.. bila dah sampai petang takda mood... ini bermakna... sampai ke malam lah aku akan macam ni.
huhuhu... tak mo.. tak mo... heeeyy mood yang kurang baik.. baik kau pergi jauh-jauh.. aku tak suka engko!!

dari awal pagi lagi aku dah rasa hangin...  mula dengan anak dara aku.. awal-awal pagi dah uji tahap kesabaran aku... tak nak mandi lah...  tak nak berus gigi lah... ater macam mana... aku ni.. bukan boleh dengar budak meragam.. aku pun.. rasa berapi satu badan...
itu satu...
keduanya... dahla aku penat menggagahkan diri untuk bangun pukul 5pg..gara-gara nak buat nasi goreng untuk anak-anak last-last si Faiz.. boleh pulak tertinggal bekal dia dalam kereta.Nasib aku ada bekalkan duit... kalau tak kebulur (lapar) dia kat sekolah.
Nabilah pulak... pun satu hal jugak...
sebelum ni,,.. hari-hari berzikir kat telinga aku.. Mama adik nak bawak bekal pergi sekolah..
dulu memang aku tak layan... tapi bila tengok kawan-kawan dia semua bawak bekal... aku kesian pulak kat dia..
tu yang aku gagahkan diri bangun awal pagi setiap hari.....
tapi tadi masa aku hantar dia kat sekolah.. dia siap menangis-nangis pulak kata taknak bawak bekal....
hheeerrrrr.......stressss aku di buatnya..
kejadian ke tiga pulak. bila dah sampai opis.. baru aku perasan.. rupa-rupanya.. hari ni aku tak bawak pas kerja... hhheeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr................  lagi sekali aku stresss....... apalah nasib aku hari ni..
semuanya serba tak kena...
tetiba aku rasa badan aku  penat sangat... kat bahu ni.. rasa macam ada batu je... penat sangat...
bila fikir balik...  aku terlalu letih kot...
takpalah... masa kat pangkor nanti aku nak rehat secukupnya....
Herrrmmm bestnya...  dah tak sabar nak bercuti....
Pangkor Tunggu aku datang....

Mar 13, 2014

Kitar Semula

sebenarnya aku baru je nak menjinakkan diri dalam amalan kitar semula ni.
tak sangka MR. Mat Cool (suami aku) dan anak-anak pun  bagi sokongan kat aku.
bagus..bagus..bagus...
besar manfaatnya tau..antaranya  
kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita

siapa rasa sayang pada bumi.. 

jom  sama-sama kita amalkan amalan kita semula ..

 botol minuman plastik
bukan setakat botol minuman je yang boleh dikitar semula.
botol sabun,syampoo,minyak pun boleh jugak..
asalkan botol plastik.

pakaian lama.. 
Di pusat kitar semula putrajaya ni. pakaian lama hanya boleh dibuang di sini.Tetapi tidak boleh dijual. 

Kadar Harga barang untuk kitar semula..




 info:

 

PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA.

Alamat Resmi:
Pusat Kitar Semula Komuniti
Jalan P9B, Precint 9
62250 Putrajaya MALAYSIA.
  Tel: 03-88877785

Waktu Operasi : Setiap Hari , 8.30 pagi hingga 5.30 petang
                          Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm

Ada dua kategori atau klasifikasi barangan kitar semula yang perlu anda ketahui, iaitu; DIBAYAR dan PERCUMA. Maksud DIBAYAR adalah serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti akan dibayar dengan wang tunai mengikut penjadualan semasa harga bayaran* sebagai habuan. Manakala PERCUMA membawa maksud serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti tidak dibayar dan tiada habuan, namun ada nilai kemasyarakatan disebaliknya dan disamping amalan 'bumi hijau'

Senarai Barangan Kitar Semula DIBAYAR:
1. Surat Khabar Berwarna
2. Surat Khabar Hitam Putih
3. Kertas Hitam Putih Bersaiz A4 (210mm x 297mm - Rujukan: 
4. Kertas Campur (Warna-warni)
5. Kertas Kotak/Kotak Kertas
6. Majalah
7. Kotak Air Minuman
8. Tin Aluminium Dan/Atau Besi
9. Bateri Kereta
10. Minyak Masak Terpakai 
11. Botol Plastik Bekas Air Minuman (contohnya; botol plastik air mineral)

Senarai Barangan Kitar Semula PERCUMA:
1. Kaca
2. Pakaian Terpakai (dirapikan semula oleh Alam Flora, dijual semula {BUTIK 3R} dengan maksud hasil jualan akan diberikan kepada badan kebajikan)


Sumber:  http://www.cakapniaga.com/2011/06/pusat-kitar-semula-komuniti-presint-9.html

Mar 12, 2014

We Pray For MH370

Semalam masa ambil Nabilah dari Tadika.. aku ternampak kain rentang ni kat depan sekolah dia..

 YA ALLAH YA TUHANKU
JIKA DI LAUT TIMBULKANLAH
JIKA DI LANGIT
TURUNKANLAH
JIKA DI DARAT
TUNJUKKANLAH
Amin...Amin...ya rabbal alamin..

Please Come Back MH370.....

sesungguhnya.. Kami semua rakyat Malaysia, tidak kira kecil,besar,tua muda, tidak putus-putus  mendoakan agar Pesawat MH370 dipertemukan semula...Amin...

Mar 10, 2014

Minyak Angin Aromatherapy Safe Care

Alhamdulillah...
Terima kasih pada yang sudi beli minyak angin aromatherapy ni....
Terima Kasih pada anda  yang banyak support saya dalam business ni.
saya hargai sangat-sangat... TQVM..


pada yang belum tahu.. apa itu Minyak Angin Aromatherapy Safe Care.korang boleh baca kat bawah ni..




Isi Kandungan 10ml untuk satu botol.



dengan pembelian 10 botol ke atas.. dapatkan harga istimewa dari saya..
Cepat  selagi stok masih ada.. 

call @ WhatsApp saya di no: 011-21933908 (ida)


Teringin nak makan mangga muda + kuah rojak

 
gambar google

herrrmmm sedapnye.. asal ntah tetiba je teringin nak makan mangga muda cicah kuah rojak..
heerrmm  sedapnye..

Mar 4, 2014

Cara Mudah Basuh Baju Sekolah..

semenjak faiz sekolah ni.. aku pening kepala tengok baju sekolah dia.. kalau tak comot memang tak sah la...
nak  pulak tang lengan,leher dan lutut.. bukan main hitam lagi... nak menangis aku tengok...



yerlah.. anak lelaki kan.. harusla lasak.. semua benda dia nak panjat..
lantak lah.. faiz janji faiz rajin pergi sekolah...

hari tu aku terbaca satu blog.. dia ajar cara basuh baju sekolah guna sabun mandi... mula-mula macam tak percaya.. tapi bila aku dah cuba...
Wahhhh!!!.... memang berkesan weeiii...
putih bersinar-sinar baju faiz...  puas hati sangat..

aku guna sabun fruitale je...  kalau korang nak guna jenama lain pun boleh.. tak kisah..
janji sabu mandi yang  berketul.
jangan guna yang krim atau gel.. sebab kurang berkesan.

mula-mula basahkan baju dengan air,kemudian gosokkan baju tu dengan sabun mandi, lepastu korang gosokkan baju tu dengan tangan.. kalau nak puas hati... gosokkan dengan menggonakan berus...supaya lebih bersih...  aku jamin.. 100% segala kekotoran pasti hilang..  (ini bukan janji... Ini PASTI).. mudahkan...
 ok.. cara ni bukan saja dapat hilangkan kesan daki atau kotoran biasa ye...

kesan darah, sambal atau kicap pun boleh guna cara ni... Berkesan sangat!!!

jom tengok hasilnya..



Tada...



ok siapa nak cuba sila cuba.. pasti puas hati... Ini Bukan Janji... Tapi PASTI!!!!
muahahhahaa.......



Mar 3, 2014

Home Work Faiz.

hari tu.. aku semak buku faiz...
sekali aku nampak dia lukis gambar ni...
tajuk gambar tu My family...
sekali aku tanya dia..... siapa ni faiz..? dia pun jawab..

bermula dari kiri:

Abang faiz, Ayah,Mama,Adik,tangah (adik ipar aku), bulat,bujur...

ok..aku kompius jap...kat situ....   bila masa pulak aku mengandungkan kucing ni..???? hahhahaaa...
faiz...faiz...