Jom Join!!

Oct 31, 2013

Matahari terbenam

Sabtu lepas, rasa bosan giler  kot duduk kat rumah tak buat apa.
lagi pun kesian kat anak-anak, main dalam rumah je.
jadi aku pun ajak en. suami jalan-jalan kat sekitar Putrajaya ni.
last-last teringat ada satu tempat yang sangat cantik kalau waktu petang.
kalau orang putrajaya mesti tahu tempat ni kat mana.
kat kawasan lapang antara jambatan Seri Gemilang (depan PICC) dan jambatan Seri Saujana.
kalau lebih tepat lagi, taman ni bertentangan depan Pullman.




Oct 30, 2013

First time buat Laksa

minggu lepas memang tak pergi mana..
just lepak-lepak kat rumah je dah petang sikit baru keluar gi taman..
sebelum pergi taman tu, sempat jugak aku buat laksa.
first time weehh aku buat laksa. selalu makan laksa yang mak buat je.
ntah macam mana, hari sabtu hari tu terasa macam nak mencabarkan diri buat laksa.
selama ni, kalau mak aku masak aku tolong potong-potongkan timun,bawang dan lain-lain je.
kali ni. Yes.. aku bertekad.. "Aku mesti buat" hhahaaa...
hasilnya..


 Jadilah Laksa Cair..muahaha..
kuah agak cair dari segi warna. tapi sebenarnya aku buat pekat..tapi asal dia nampak cair yer..
sebab kurang cili kot. aku memang buat tak pedas.
 sebab ada dua pelanggan kecik yang akan makan laksa ni.


kuah laksa yang sebenarnya pekat.tapi nampak cair.. adoiyai..
rasa memang takleh tanding laksa yang mak aku buat. tapi Alhamdulillah habis jugak. sebab en. suami makan bertambah-tambah.

Oct 28, 2013

Customer Minyak Aromatherapy

Assalamualaikum semua..
Sabtu hari tu, bertalu-talu saya dapat panggilan dari pelanggan minyak aromatherapy..
Syukur Alhamdulillah... rezeki dari Allah.
mujurlah pelanggan semua dari putrajaya jugak. senanglah saya nak buat penghantaran..
tapi yang sorang tu dari semenyih,pun bersyukur juga sebab dia sudi datang ke putrajaya untuk ambil sendiri.
sebenarnya customer dari semenyih tu kawan lama saya masa belajar kat kedah dulu. sekarang ni dah jadi guru di semenyih.
seronok rasanya bila dapat jumpa kawan lama..

  kak faezah,kawan lama saya A.K.A Customer Minyak Aromatherapy
bermula dengan membeli sebotol,dan sekarang permintaan semakin meningkat dari ahli keluarga dan rakan sekerjanya.

yang ni pula bungkusan yang akan saya poskan buat customer saya yang berada di Bentong Pahang.
Alhamdulillah.. bermula dari blog, sekarang maziani dah jadi customer tegar saya.
terima kasih maz.



Oct 23, 2013

Alhamdulillah Dah dapat Tadika untuk Nabilah Tahun Depan.....

Alhamdulillah.. saya dah dapat Tadika untuk anak saya. nama Tadika Si Comel.
Comel je nama dia kan.. ahak's
ntah macam mana tadi tergerak hati nak call penyelia tadika tu. dan tanya pendaftaran utk tahun depan dah buka ke belum..
sekali penyelia tu cakap.. eehh dah lama dah bukak.. bukan setakat merisik.. kalau nak sarung cincin pun dah boleh (masudnya dah lama buka..)
aku dah cuak dah.. hari tu. aku ada tanya. tapi katanya bulan 12 baru bukak.
tup..tup.. tadi aku tanya. dah lama buka.
ah.. tak kisahlah.. janji anak aku dah di terima masuk ke Tadika tu tahun depan.
lepas aje aku letak telefon aku terus datang ke Tadika tu dan bawak duit siap-siap.
fuh.. lega rasanya.. satu masalah dah selesai..
inilah yang dikatakan rezeki..
aku bersyukur sangat-sangat..

Yer mama saya pun rasa bersyukur sangat-sangat..
tahun depan boleh la saya ke sekolah baru..ye..

 
 pintu masuk Tadika si comel..
nampak tak ada microfon kat atas sebelah kanan tu..
tu bukan utk karaoke yer.. tu untuk panggil nama anak. 
kalau nak ambil anak.. jerit je kat mic tu.. hihii

senarai yuran pendaftaran kanak-kanak..
pendaftaran tahunan untuk nabilah RM599 (telah dibayar separuh tadi hihi)

 yuran bulanan RM260 + Kafa RM35 = RM295.00


aku rasa lega sangat-sangat sekarang ni. lepas ni bolehla aku tidur lena macam bulat..hiihii

nak tiru cara bulat tidur malam ni.
tidur sambil  senyum..muahahhahaa..
happy..happy..happy
Alhamdulillah..

Oct 22, 2013

Pening Kepala Cari Tadika Untuk Anak..



Aduhai.. pening kepala mama nak cari tadika untuk anak dara mama yang sorang ni..
mujurlah Abang faiz punya sekolah dah selesai.. tahun depan abang faiz dah start sekolah rendah..Darjah 1.
sekarang ni, si adik pulak tak selesai-selesai lagi.
susahnya nak cari tadika kat putrajaya ni. hari tu sampai aku ngan suami siap ambil cuti lagi gara-gara nak cari tadika untuk anak dara ni. tapi malangnya.. semuanya dah penuh. yang ada pun tinggal yang swasta.
bila tanya pasal yuran pendaftaran,semuanya mencecah seribu ke atas.. herm.. tu belum bayaran bulanan lagi, yang mencecah 4 ratus sebulan, aktiviti sampingan lagi.. aduhai... zaman sekarang, semuanya nak pakai duit ribu riban..
yerlah. anak nak masuk tadika pun dah kena bayar beribu..  tak macam zaman kita  dulu-dulu. Aku gi sekolah KEMAS je.. bayar baru RM20  ke RM30. Bukannya nak berkira pasal pendidikan anak-anak. tapi kalau dah gaji pun cukup-cukup... Archanner tu...
 tu baru satu anak. kalau anak 5-6 orang macam mana yer..huhuu...

* bukan rungutan sekadar perkongsian*

My anak dara..




Oct 17, 2013

Menang Hamper ADABI

Alhamdulillah.. rezeki..
 sempat juga ambil sampel darah, tapi hajat tak kesampaian, bila tahap kesihatan tidak mengizin 
(demam + sakit tekak)
inilah yang dinamakan rezeki...
tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia.. siapa yang tahu yer dok. hihii.
Alhamdulillah..REzeki.. rezeki..

Oct 10, 2013

Restauran Serai..

Alhamdulillah.. lepas je makan kat nasi arab, selang berapa hari lepastu..
ada sorang lagi pegawai yang baik hati nak belanja kami makan di Restauran Serai..
kami pun apa lagi.. yahoo!!!
Rezeki..rezeki..
ok.. kawankawan.. mari kita makan sampai kenyang..









 terima kasih bos..
moga panjang umur dan cepat-cepat dapat jodoh..Amin..

Oct 7, 2013

Nasi Arab Sana'a Cyberjaya.

Alhamdulillah dapat jemputan makan tengahari di Restauran Nasi Arab Sana'a Cyberjaya..
semoga tuan punya badan yang belanja kami hari tu.. akan dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki Amin..

First time sebenarnya makan Nasi Arab kat Sana'a ni. Sebenarnya saya bukanlah penggemar Nasi Arab.. tapi sebabkan orang nak belanja.. saya ok je.. rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari yer dok.. rezeki..rezeki.. syukur Alhamdulillah...

Mandi Lamb

Kabsah Lamb

 Makloba Lamb
 Pizza ni. aku yang oder.. memang sedap.. RM10.00 je.. besar pulak tu. puas makan.

 sos

dah dapat makan free..
dapat hadiah lagi dari en.yang belanja..
Tq.. sangat2..
semoga en.belanja dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi Amin..

untuk maklumat lanjut mengenai Restauran SANA'A  sila ke link ini



INFO:

13-G, LKR Cyberpoint barat, Neo Cyber, 63000, Cyberjaya, Selangor

Telephone:     03-83191776