Jom Join!!

Mar 20, 2013

Masak campak2..

Salam Petang semua..
harai i rajin uolls.. sekali 2 N3 i update..
bukan apa tengah ada mood nie.. kang bila mood dah kelaut.. susah pulak nak m'update..
ok jom ke segmen masak-masak.. ada yg rindu segmen ni tak..
kalau ada angkat kening skit.. (sebiji macam sinchan) muahahhaaa..

ok jom masuk dapur..
menu masakan yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya..
last2 bagi nama Masak campak2.. ok tak..
maunyer tak campak..
kau... senag je uolls.. kau potong semua sayur mayur..  isi ayam.. udang sikit..
pastu kau campakkan semua dalam kuali..
pastu letak sos black paper.. letak garam secubit dua..
 gaul2.. tutup api..
lepas tu... Tada... dah siap..

hahaha... ada roper macam makanan kat restaurant mahal tak..
ni kalau ada dalam menu restaurant mahal.. mau dalam.. RM60- RM70 hengget ni..hahhaha..
walhal senag giler kot masak benda alah ni...

bagi anak-anak makan.. mesti diorang senyum sampai ke gusi..
hehehe.. ok cau..uolls..

Membaca

 tak ingat dah ni gambar bila. tapi  yg pastinya dalam tahun ni jugak..huhu..
maapler.. makcik dah tua. banyak dah urat yg putus..
 maklumlah.. anak i kan duapoloh orang.. muahaha..
mak aiihh.. ramainyer..anak.. dah boleh bukak asrama penuh nie.. hihii..

eh.. melalut sudah.. asalnya nak cerita pasal baca buku je pun..
heerrmm...  ok i balik ke pangkal jalan ok..
hari tu..faiz suruh ayah dia bacakan buku cerita ni sebelum ayah dia pergi kerja..
maklumlah.. hari-hari dengar mama aje yg bercerita sebelum tidur..
sesekali nak juga dengar ayah bacakan buku cerita yer dok?..
nak tahu apa yg jadi 5 minit selepas tu?..
hehhehe..


faiz mata dah kelain dah(tengok Tv).hehheee...
kenapa faiz? bosan yer? ayah baca straight je yer.. 
bukan macam selalu mama maca yer..
kalau mama yg baca mesti over kan.. muahahahhaa..
 nak pula  kalau mama baca cerita Bawang Merah Bawang Putih.. hahhahaa..
teserlah watak mak tiri tu.. hhahaha.. Over tau mama ni..
kalau mama yang baca.. mengekek- ngekek budak dua orang tu.. hihii..
takpa Ayah.. Ayah jangan kecil hati tau..
 nanti mama ajar ayah, macam mana nak mendalami watak..  iyer.. hihiiii
ok lah itu sahaja utk pagi ini.. cau...

P/s: *Jadikan membaca amalan kita..
             *Bangsa membaca Bangsa Berjaya..


Mar 19, 2013

Goodies..



Happy Birthday to you.. happy birtday to you.. happy birthday.. happy birthday.. happy birthday to you..
Happy birthday to anak mama.. buah hati mama.. nyawa mama..
Mohammad Faiz Nabil..
yang ke-6tahun.
hermm taksangka pejam celik2.. dah besar dah anak bujang mama ni.
tinggi pun dah sama paras dengan mama.( had dada mama )
eh lupa pula mama nak bagi tahu kat kawan2 mama yg tengah baca ni.
sebenarnya birhday faiz pada 2/3/2013 hari tu.
ok gambar kat bawah ni.. adalah gambar semasa operasi membuat goodies 
birthday faiz untuk dihantar ke sekolah faiz..
mama minta maaf faiz,
takda hadiah special pun dari mama utk faiz.
hanya sediakan goodies je utk kawan2 faiz kat sekolah.
kek pun tak sempat nak potong lagi..
nanti sambut sekali dengan Ayah dan adik ye..
hehheheee.. 3 in 1.

 faiz yg beria-ria nak tolong mama masukkan jajan kat dalam plastik.
makanan ringan ni mama beli kat mydin je.
gigeh ajak ayah faiz gi Mydin time rehat, sebab nak belikan jajan utk goodies ari tu.
 
 tak banyak pun jajan yg mama beli. sekadar ala kadar je pun..
kira ok la kan daripada takda langsung..
hamboi.. muka bukan main serius lagi yer..

 ok untuk pengetahuan faiz..
tagging ni mama buat sendiri tau..
gagah mama pergi kedai buku kat presint diplomatik tu utk print warna.
hehe..comel tak? 
cakap comel!!! kalau tidak tahun depan mama taknak  buat dah.
hihihiiiiihihi..

 ok.. dah siap..
mama buat ngam2 utk kawan2 sekelas faiz je. temasuk cikgu2 sekali.
mama harap faiz happy ok..


P/S: hari ni 19/3/2013 birthday Ayah pulak.. nak kena buat Goodies jugak ke eh.... hihiiii
       manalah tahu ayah nak kasi kawan2 opis... muahahahaha...
       jangan marah ayah nanti cepat tua.. hihiiii... pis yo!!

ok bye...






Mar 16, 2013

Minyak Aromatherapy (Safe Care)


Alhamdulillah..
nampaknya bisnes kecil lovely sudah semakin maju.
baru setahun menjinakkan diri dalam bisnes minyak Angin Aromatherapy ni. nampaknya sudah menunjukkan peningkatan yg tinggi dari masa ke semasa..
bermula dari jualan kepada rakan sekerja, kemudian lovely beralih pula ke tapak niaga di Laman Perdana Putrajaya, kemudian ke blog, dan sekarang tengah giat berpromosi di facebook.(Norida Alias).
Alhamdulillah akhirnya Minyak Aromatherapy lovely sekarang telah  merebak ke Putrajaya,Cyberjaya dan  terbaru di Pahang.
Lovely bersyukur sangat, sebab rata-rata pelanggan lovely yg membeli produk ini, memberikan respon yg positif. 
kepuasan pelanggan adalah moto bisnes lovely..
harapan lovely agar bisnes ini akan berkembang ke seluruh negeri.
kepada anda diluar sana yang berminat untuk menjadi salah seorang drpd pengedar atau pengguna 
bolehla cepat-cepat hubungi saya di talian;

011-21933908 (ida)



untuk keterangan lanjut mengenai minyak ini.
sila baca di bawah:

Info Minyak Aromatheraphy:
* saiz 10ml (botol kaca)
* Roll on 
* Haruman Limau kasturi @ bau gula2 hacks
* Hanya RM 15.00 (sebotol)
*Kos penghantaran  (RM6.00- semenanjung)
                                           (RM10.00 - Sabah / Sarawak)

Fungsi:

Sebagai minyak angin yg menyegarkan dan membantu 

meringankan sakit
 kepala, kembung perut,senggugut,mabuk perjalanan,selesema,gatal2 kerana gigitan serangga,lenguh-lenguh badan atau kaki,serta berfungsi sbg aromatherapy ketika stress.
sesuai juga dijadikan hadiah buat suami,isteri,atau ibu bapa yg tersayang..



saiz botol yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana sahaja.

Hanya RM15.00 sebotol
hubungi saya sekarang di talian 
011-21933908 (ida)

Mar 11, 2013

Kursus Pengurusan Fail & Rekod Siri 2/2013

Tajuk Kursus : Pengurusan Fail & Rekod Siri 2/2013
Tarikh            : 6 - 8 Mac 2013
Tempat          : Glory Beach Resort, Port Dickson

perhatian.. gambar dan cerita dibawah adalah lintang pukang..muahahhaa..

pemandangan dari bilik kami..
Lovely dapat satu bilik dengan Sue Ehan..
malam pertama tu kami bersembang sampai pukul 3pagi..
muahaha.. punya syok b'sembang sampai lupa hari dah pagi..haaha..
tu kisah malam pertama..
malam kedua pula.. tambah sorang lagi ahli kat dlm hotel tu.
kami ajak dayah tidur sekali dengan kami..
sebelum balik bilik tu kami lepak dulu kat tepi kolam
dah pukul 12 lebih baru balik hotel.
sampai hotel.. kami turunkan lagi tilam bujang. bawa ke depan tv.
hahhaaha.. sembang punya sembang.. lapar la pulak..
kami pun mulakan projek..
nilah  projek kami..
masing2..keluarkan maggie masing2..
macam-macam perisa hadoo...
ewah.. dah macam tinggal kat asrama pulak.. yer..
sambil makan.. sambil borak.. sedar tak sedar jam dah pukul 2pagi..
hahhaa.. kami tidur lewat lagi..
esoknya ada kelas lagi..

 suka sangat tengok gambar ni. masa nie.. 
 hari pertama kami di Hotel Glory Beach ni.
masa ni tengah tunggu En. Baba sampai. utk acara Sukaneka..
tepi pantai uolls.
dengan sue echan lagi.. 
hahhaa.. jom kita ambil gambor dulu sebelum en. baba datang..
jap lagi dah b'suka ria.. muka berpeluh2 dah tak comei dah.. kan sue echan..hihiii..

Ok tu dia. en. baba dah sampai..
hihiii... kalau di ingat balik kenangan kat tepi pantai ni..
mau gelak terguling2 dibuatnya..
hahhahaaa...
hanya peserta kursus je yg tahu..  kisah lucu yg terjadi di sini..
aduhai.. malu muka i..
tulah.. siapa suruh over. bila en. baba bagi arahan. taknak dengar betul2..
kan dah malu. hahhahaa...
Sue,dan Dayah.. jom kita gelak sambil guling2 sama2..

ni acara bawa belon..
kumpulan kami menang no2..
ok lah tu.. kira powerla jugak kan.. hihihi..

ni antara gambar kami masa dekat kolam renang..
banyak sangat gambar.. 
lovely masukkan aje semua sekali.. kan senang hehehe..(dasar pemalas)
herrrmm.. acara kat pool ni adalah salah satu acara yg best masa kursus hari tu..
sebab.. kami buat senamrobik dalam kolam..
memang satu kelainana kan..
masa kami buat senam robik tu.. ada pulak dua tiga orang pelancong..
ntah dari negara mana ntah..diorang pun ikut sekali buat senam robik...hover..lagi.
budak lelaki mmg sukalah melayan 
hihihiii... enjoi.. sangat.

oh yer.. lupa nak cakap..
sebenarnya.. ni kali ke-2. lovely pergi kursus di bawah syarikat En.baba.
apa yer nama syarikat dia.. lupalah..
kalau tak silap lovely kursus dua tahun lepas kot. kat melaka..
kursus budaya kerja cemerlang.
kalau nak tengok klik sini.

gambar ni masa hari ke-2 kami berkursus..
En. baba bawa kami pergi main bowling kat pasar raya apa ntah.. lupa pulak..
kami main sampai 3 game. sampai semput dibuatnya..

gambar ni masa sebelum game dimulakan.. kira ok lah.. boleh senyum lagi..
masuk game ke dua..  muka dah sememeh dah.. bola pun dah ke longkang dah..
game pertama lovely dapat markah 116, game ke dua 90 lebih kot, game ke tiga 100 lebih.. tak pasti berapa..
Total dapatla dlm 300 lebih.. muahahhaa... 
dah lama kot tak main bowling..
gambar sebelum acara senam robik hari ke -3.
ehh eh.. dapat juga lovely bergambar dengan TOT. tot????
tot tu panggilan manja utk budak comel kat sebelah lovely tu..
masa kursus hari tu.. kami kat sana panggi dia tot. nama tu en. baba yg bagi sebab..
dalam ramai2 peserta dia yg paling bongsu.
Tot tu dalam bahasa jawa.. Bontot.. hehheeh..
comelkan budak tot ni.. biasalah.. lovely memang suka tengok orang comel, kiut miut,cun melecun, dan tak lupa juga orang yang hansem dan tampan.. muahhahahhaaa..
siapa rasa diri dia cun,kiut, miut.. hansem.. cepat2 follow atau comment kat bawah nnt tau..
hihihihiiiii...

eh.. lupa pulak nak cerita..
kat kerusi tu lah kami lepak lepas habis kelas en.eddie.
lepak2 sambil kira bintang..lepastu ada pulak iringan muzik.. hua..
best...  rasa tenang je malam tu..

ok ni kumpulan kami..
masa ni hari terakhir kami. sebelum naik bas.. sempat lagi buat pembentangan kumpulan tau..
cer tengok budak dua orang kat sebelah kanan tu.. memang tak reti duduk diam tau..
orang sibuk buat pembentangan.. kami sibuk ambil gambor..
tak lama lepastu.. en. baba panggil budak baju merah tudung coklat tu..
" haaa.. yg rendang tu.. cepat buat perbentangan"
muahahhahaaa.. kan dah kantoi ngan en.baba.
Kami dari Kumpulan Ceria 611 (untuk kita-kita ajer)
seronok dalam kumpulan ceria ni. semuanya sporting..
paling sporting adalah.. Abang Long.
masa main bowling tu. kami kena bayar RM2 sorang utk bayar kasut.
sekali.. dengan rela hatinya.. abang long bersuara..
"takpa,.. utk kumpulan ni biar Abang Long yang bayar" wah... bestnyer..
oh yer.. abg long yg baju biru tu..
dia cakap diri dia brutel..
tapi pada kami dia abg brutel yg baik hati.. hihihiii..

ok lah itu saja yg dapat saya kongsikan sepanjang saya berkursus hari tu. oklah..
tada...


 Kami bersama En. Baba..(yg peluk tubuh tu)

sekian.. dari kami Warga BAC.. bye...

Mar 5, 2013

Kursus 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. tak sangka tahun ni, dapat juga lovely b'kursus ke luar negara.
alah.. tak jauh pun kat port dickson jew..
tajuk kursus, kursus pengurusan fail& rekod (mudah, cepat,tepat) Siri ke 2.
tarikh 6-8 Mac 2013 (Rabu - Khamis)
Tempat Glory Beach Resort, port Dickson,

heerrrmmm tak sabar rasanya nak pergi berkursus..
walaupun dalam hati. terasa berat utk b'pisah dengan orang tersayang..
tiga hari tu.. lama wwoo..
tapi apa boleh buat tugas..

ok lah.. bye.. uolls.
kalau lovely rajin.. lovely amabil gambar masa kat sana nanti ye..
ok bye..
Assalamualaikum..

Bukan!!! Adik No.2

Assalamualaikum...
nak cerita sikit pasal Adik (nabilah).
anak dara yang sorang ni. suka sangat mengusik abangnya sekarang..
dah dua tiga hari dah lovely perhatikan dia..
bila lovely marah pada dia. nanti dia akan jawab..
"Bukan.. Adik no 2"..
 nak tahu apa maksud dia?
keadaan sebenarnya begini...
di suatu malam...
sedang dua orang budak kecil ini bermain.. sambil berguling2..
tiba-tiba si abang menangis..
mama.... adik buat abang.. (si abang yg mengada2)
nanti si adik akan jawab... mana ada... (sambil buat muka tak bersalah..)
padahal.. memang si adik yang kuat menyakat si abang..
selang beberapa minit kemudian..
kedengan suara mak rimau..
Mak rimau  : Adik.. mama nampak adik yang kacau abang dulu kan..
                     adik ni kan.. dia yang No.1 tau!!!.
                     nak kena dengan mama ni.. jaga dia..

Adik (nabilah) : Mana ada.. adik No 2.. abang yang No 1.

pada asalnya mak rimau tak faham.. ingatkan.. dia maksudkan diri dia baik sikit pada si abang.. rupa2nya..
baru malam td mak rimau perasan.. dia maksudkan.. yg dia anak ke-2. abang anak pertama..
hohohooo...
benda ni mak rimau perasan sebab  malam tadi nabilah cakap..
mama adik no.2 sebab adik kecil. abang besar.. abang yg no satu..

ok.. sekarang ni,.. mama  ada misi..
mama nak cari yang no.3 pulak..
muahhhaahaa... habisla.. lepas ni. mesti ramai yg tanya..
dah ada ker... muahahaa... shuuuu.. biarlah rahsia...