Jom Join!!

Feb 27, 2013

My Lovely Bulat Part 2

Eh.. asal rajin beno aku up date gambo bulat pulak sekarang ni...
heerrmm... takpalah aku kan pencinta kucing... eh.. betul tak tipu tau..
ingat lagi masa kecil2 dulu. lovely pernah kena gigit dengan kucing jantan. gara-gara mengacau dia tengah berasmara dana dengan kucing lovely..
mana lovely tahu, lovely ingatkan dia nak gigit kucing lovely.. so lovely pukul lah kucing jantan tu dengan batang ubi. sekali lovely pulak yang digigitnya. masih ada lagi bekas gigitan kucing tu kat tangan lovely ni.
tapi kejadian tu. sikit pun tak melemahkan rasa sayang lovely terhadap haiwan comel ini.
ingat lagi masa kecil2 dulu. lovely suka sangat melayan kucing..
lovely selalu mandikan kucing lovely.. siap curi shampoo mak lagi. hahaha..
lepas tu. bila kucing tu dah kering. lovely siap pakaikan bedak holiday on ice lagi kat dia hahahaha.. giler punya lah rajin..

ok sekarang kita cerita pasal bulat pulak yer..
macam bulat ni. lovely dah tak rajin dah nak menjaga kebajikannya. . kebersihannya.
semuanya lovely serahkan pada suami..
selalunya suami lovely lah yang bagi dia makan, bersihkan najis dia, sikat kutu dia, mandikan dia..
lovely nak buat.. uuiihh idok ler.. baik lovely layan anak2.. untung2 dapat jugak upah ciuman dari anak2.
kalau lovely melayan si bulat.. mau dicakarnya tangan lovely..

tapi kan.. walau pun lovely jarang melayan si bulat ni. namun dia tetap manja dengan lovely..
ada sekali tu.. hari minggu tau. lovely tidur lah kat atas katil.. sekali bulat pun datang dan terus aje baring kat sebelah lovely. bukan setakat baring kat sebelah.. siap letak kepala atas lengan lovely lagi.. ewah.. dah macam baby pulak yer..
 itu satu. ada sekali tu.. lovely baring lagi kat bilik. sekali bulat datang dan terus baring sebelah lovely.. tapi kali ni. kepala dia atas perut lovely pulak. hehehe.. lovely cakap dalam hati.. eehh..eh.. manjenye.. awak ni.
herrmm tulah si bulat.. kalau kami masuk bilik nak tidur je. dia mesti masuk sekali. kalau tak kasi masuk nanti  bising suaranya satu rumah.. kita pulak yang tak boleh tidur.

kadang-kadang.. rasa terhibur pula tengok aksi manja dia..
kalau lah dia hilang...macam mana yer...
eh.. lupa pulak.
ada sekali tu.. dia hilang satu malam..
jenuh kami cari dia satu rumah. bawah katil, dalam almari, semua tempatlah kami cari.. tapi tak jumpa juga.akhirnya kami redha.. takpalah.. mungkin dia dah larikan diri kot.
tapikan bila lovely pandang muka suami lovely  muka dia nampak sedih pun ada.
yerlah bulatkan manja dengan suami lovely.. mestilah dia sedih.
lovely pula, mulut ni asyik panggil nama dia je.
masuk bilik je.. panggil..nama dia bulat..bulat.. masuk  dapur je.. panggil.. bulat bulat..  bila tengah makan pulak.. terus teringat kat dia.. kat mana lah bulat sekarang ni? apalah dia makan kan bang.. lepastu bila nak tidur pulak.. eh.. bang.. hujanla kat luar tu.. kesian bulat.. mesti dia sejuk.. lepastu tiba2 je air mata aku keluar..
eh.. dah macam orang sasau pulak aku ni...

betullah kata orang.. kalau kita dah lama  jaga sekor kucing tu. mesti kita akan rasa sayang pada dia..
heerrmm betul lah tu.. memang dah banyak kali dah saya merasa situasi itu.
kucing hilang pun saya nangis,
kucing saya mati pun saya nangis,
wwuueehh.. tak boleh la.. bagi saya kucing  ni adalah suatu makhluk yang cukup istimewa pada saya.
oleh itu.. marilah kita sama-sama menyayangi kucing muahaha.. Miioouuuww..

nak baca lagi pasal bulat? klik sini

BFF Nabilah.

Assalamualaikum..
Bertemu kita lagi hari ini... hem ada yang rindu bulat tak? tak tahu siapa itu bulat..
Alah.. tu.. awek's misai panjang telinga capang tu.. tu lah bulat..
rindu tak kat dia? hemm lovely pasti sangat ada yang rindu kat dia. sebabtu lovely dah b'sedia dgn kepingan2 gambar kat bawah ni...

Ehh...Asal pulak tajuk kat atas BFF Nabilah..
weeii.. giler tak BFF... korang tengok la sendiri gambar budak berdua kat bawah ni..

 Nabilah bukannyer jenis takut ker haper..
kalau dia nak main ngan bulat.. dia ikut suka hati dia je..
bulat pulak pandai pulak tu.. mentang2 BFF yg buat.. dia cakar pun manjew2 je..
 Kadang2.. bulat sampai malas nak layan nabilah..

 Nabilah pulak... jenis yang..
Hado.. aku kesah!!
tak kira nak main jugak..
 ha.. geli..geli..geli.. geli..geli..geli.. (nabilah geletek bulat)
 hai.. nama awak siapa.. dah kawin ke belum? uuuweekkk...
 Nabilah  : huhuhu... Mama.. tengok ni.. Adik sayang bulat..
Bulat       : herrmm yer lah.. jap gi saya tampo.. muka awak. tau lah nasib awak.

 alamak dia lari pulak..
 Ha.. saya dapat kejar awak....
 sudahla nabilah.. saya dah tak larat nak main dgn awak.. saya penat la..
hiiii.. nyampah..
masa ni nabilah tengah layan TV
Fuuhhh.. lega.. dia dah pergi. 
boleh la saya bersenang lenang.


ok lah itu saja dari saya:
BULAT...
miioouuwww....


Feb 26, 2013

Study Hard la konon-kononnye.. Si Nabilah ni.

Sabtu lepas..
Lovely tak pergi mana-mana pun hanya duduk rumah bersama anak-anak.
seperti biasa.. bangun pagi sediakan sarapan, buat kerja rumah mengemas, memasak dan sebagainya.
En. suami pukul 9.00 pagi dah keluar bekerja. tinggal lah  kami tiga beranak di rumah.
lepas aje lovely selesaikan tugasan rumah. lovely bertukar arah kepada anak-anak pulak.
ajar apa yang patut. tapi biasalah budak-budak.. semangatnya sekejap je. yang lebihnya buat benda lain.
dua beradik ni. memang suka sangat mewarna. hermm takpalah.. asalkan IQ mereka berkembang.
kadang-kadang dari melukis dan mewarna pun boleh mendatangkan ilmu juga betul tak?
ok lah malas nak cerita panjang..
jom.. layan gambar anak dara Lovely jom..

 Study Hard la sangat.. hhehee..
 Heyy.. tanggaci (kakak) itu lidah kasi masuk!!. kalu..!!
 oh..OK!! walau pun Study kat rumah.. penampilan kena jaga yer.. kangkawan..
 Asal muka nabilah nampak geram je ngan ikan itu. 
 Oh yer.. mesti dia kata..
ikan ni. kalau den goreng pun sodap nie..
 Oh yer kawan-kawan.. mai la sini, saya nak habaq sikit ni.
My Cepet mata ni. Mama saya beli kat Sophie Paris Malaysia, cantik tak..?
murah jew.. RM 5.00.
 itu kalau harga biasa. Kalau harga Ahli lagi... murah RM4.00 jew.. murah kan..
kalau acik2 kat luar sana nak jd Ahli. jangan segan2 bg tahu mama saya ok. hhehehe.
 MY love cepet mata. 
saya sangat suka kannyer..
 ke mana saja saya akan pakai cepet mata ini.. walaupun ke tandas. muahahahaha..



 ok jom kita sambung Study balik, moga-moga saya akan jadi DR.Nabilah suatu hari nanti.. Amin..
ok.. ni hadiah untuk Mama saya
 yang sangat penat melayan saya hari tu..
Mama I Love U..muaahh!!

Happy Birthday Aliya

Sabtu hari tu, mama Aliya (kawan rapat faiz)jemput kami sekeluarga ke rumah.Semperna majlis hari jadi Aliya  yang ke 6 tahun. Rasa sekejap je masa berlalu. taksangka dah enam tahun dah umur Aliya yer..
rasanya macam baru je lagi acik tengok Aliya dan Faiz main kat taska. tak sangka dah besar dah anak dara ni.
Malam sebelum kejadian tu. Acik ida( lovely) dah siap bungkuskan hadiah untuk Aliya, acik ingat nak buatkan kad untuk Aliya.. last2 bila fikir balik. Eh.. lebih baik Acik suruh Faiz yang buat sendiri kad untuk Aliya. Mesti Aliya suka kan.. hehehe.. ker.. faiz yang suka lebih.. hihiihi..

jadi.. malam tu. faiz telah menghasilkan kad istimewa buat Aliya.. hehe..
nak tengok?

 masa ni  faiz tengah tekun menulis kad utk Aliya.
eh.. mana huruf  H  nyer faiz..?
 tertinggal yer..
(sila abaikan kuku faiz yang panjang tu) hihii..

 Tada.. dah siap..
tiba2 ada gambar orang kat tepi tu. Acik tanya dia. Ni siapa?
dia jawab.. faiz la.. pakai songkok.. oh.. ok...

 kita kasi Zoom lagi.. 
oh yer.. bila di Zoom kan. baru Acik ida perasan.. Asal muka faiz tu macam negero. bukan main tebal lagi bibirnyer. hehhehee..

ok itu lah hasil kerja faiz..
 kad birthday utk Aliya.

ini pula hadiah dari Faiz..
harap Aliya Happy

akhir kata :
Happy Birthday Aliya..
moga jadi anak yang baik. ok..


p/s: oh yer bulan Mac bakal tiba..
habisla Lovely.. kena simpan duit lebih ni.
sebab...

2 Mac - Birthday Faiz (sabtu nie)
19 Mac - Birthday My Cinta Hati
30 Mac - Birthday Nabilah..

adoyai.. 3 olang skali kongsi bulan yang sama.. sambut b'day lor.. haiya..
kalau ini macam ha.. wa kena puasa lorr..
 
 

Feb 20, 2013

Impian dan Harapan..

Setiap insan ada Impian dan harapan. tapi bukan semua orang akan dapat apa yang dia impikan.
macam Lovely, banyak benar impian dan harapan yg lovely impikan dalam hidup Lovely. Ada diantaranya telah tercapai.. namun ada jua yang masih lagi jauh di hadapan..
salah satu impian lovely yang belum tercapai adalah..
ingin memberi kesenangan dan kemewahan buat emak lovely..
bukanlah nak kata mak lovely hidup susah.. tapi kalau boleh lovely nak sangat membahagiakan hidup seorang insan yang banyak jasanya kpd lovely..
Impian lovely sebenarnya, nak sangat dapat bagi pada mak setiap bulan Beribu riban macam orang  lain.. tapi apakan daya.. gaji lovely pun cukup2 je.. namun bahagian   untuk mak memang lovely dah buat potongan gaji setiap bulan. takda lah banyak, tapi.. sekurang2 nya adalah juga bg setiap bulan.  Tapi itulah.. seperti yg lovely cakap tadi.. Impian lovely nak sangat bagi lebih sikit.
lepas tu, lovely nak sangat bawa mak lovely pergi bercuti ke luar negara, lepastu melawat tempat2 yg menarik.kat negeri orang puteh nun....
kemudian kalau hari jadi dia pulak... lovely nak sangat buat kejutan pada dia. cthnya, macam bawak dia gi makan kat hotel 5 bintang bersama family.. kemudian lovely nak hadiahkan dia satu set barang kemas yg beribu riban harganya..wahhh... bestnya..
lepastu nak sangat belikan dia sebiji rumah banglow atas bukit..  yang kelilingnya ada macam-macam jenis pokok buah-buahan,sprt rambutan, durian,dan langsat. ini kerana mak lovely adalah seorang penggemar tegar  buah-buahan tempatan...
lepastu.. kat belakang rumah ada pulak anak sungai yang mengalir.. wah.. damainyer.. mesti dia happy.
tapi yer la kan.. mana mungkin impian lovely yang setinggi gunung tu tercapai. kalau setakat kerja kerajaan sampai pencen.kalau ada pun bisnes.. alahai.. setakat jual minyak aromatherapy yang untungnya tak sampai RM5 sebotol. tapi lovely tetap b'syukur.. dengan menjual secara kecil-kecilan ni lah. dapat menambah sikit duit poket lovely..
Biarlah dimata orang nampak lovely ni macam bisnes women yg untungnya berkoyan2. tapi pada hakikatnya.. hanya tuhan saja yang tahu.
kadang-kadang lovely terfikir juga. kenapalah nasib aku begini? macam -macam dugaan yang menimpa.
tapi bila di fikir dalam-dalam.. setiap yg terjadi ada hikmahnya.
mungkin kalau aku hidup senang lenang.. aku akan lupa diri. jadi adalah lebih baik aku hidup dalam kesederhanaan. dan mungkin juga Allah hanya menguji aku.
sebab dia tahu aku dan suami mampu menghadapi dugaan ini.
mungkin hari ini aku jatuh... siapa tahu hari esok aku akan bangkit semula.
kepada mereka yang pernah mencaci atau memandang serong kpd ku. aku redha dengan apa yang kamu buat kepada aku.
mungkin hari ini aku yang merasa. siapa tahu.. akan datang kamu pula yang akan merasa.
pernah seorang rakan berkata kepadaku. "kenapa nak menangis beria-ria sangat atas apa yang menimpa awak"  oh.. masa tu memang rasa nak terbakar sangat dada ni. tapi mengenangkan kawan.. aku hanya mampu senyum je. tapi dalam hati tetap berkata.. " kau tak rasa apa yang aku rasa, kalau kau kat tempat aku, taulah engkau padahnya.mau seminggu tak datang kerja. macam  aku ok lagi.. aku bukanlah antara golongan yang inginkan barangan yg mahal2.. yg nampak glemour di mata orang, aku boleh lagi bertahan dengan nafsu membeli-belah. tapi kalau dia yg berada dlm situasi aku nanti aku tak tahulah macam mana dia nak hadapinya.
Apa pun.. masalah yang melanda keluarga lovely sekarang ni, banyak memberi pengajaran buat lovely,
dari situ lovely belajar untuk berjimat cermat, lovely belajar macam mana cara untuk menambah duit poket, dan yang paling penting sekali.. Lovely belajar betapa pentingnya keluarga (mak & adik-beradik) dalam hidup lovely.
keluarga adalah segala-galanya pada lovely.. Keluarga lovely banyak membantu lovely   dari segi perbelanjaan dan juga nasihat. terima kasih sangat lovely ucapkan kepada emak dan  adik beradik lovely yang banyak memberi sokongan kepada lovely dan suami.. tak terbalas jasa baik kalian semua.. sob..sob..sob..
oh yer dah panjang sangat melalut ni..
Apa pun.. sungguh tinggi impian dan harapan lovely kan, mungkin kah ianya akan menjadi satu kenyataan kelak....? lovely tak pasti lovely hanya mampu serahkannya kepada ilahi...

kata orang..
tuah ayam nampak di kaki..
tuah manusia..
siapa yang tahu..

betul tak?

akhir kata dari lovely...
* kpd adik2 yg masih belajar tu.. belajarlah betul2.. jgn jadi mcm akk. kan dah menyesal..
   ada hati nak bahagiakan orang lain.. tapi diri sendiri pun tak mampu..
   maksudnya.. belajar pandai2.. dah besar nanti boleh koje best2.. yg tinggi pangkatnya.
   boleh balas balik jasa ibu bapa kita. bagi kebahagiaan dan kesenangan pd mereka.
* Belajarlah berjimat cermat..
* Sayangi keluarga kita, sebab masa kita susah nanti takda orang lain yg akan tolong kita, melainkan
   keluarga sendiri..


ok.lah itu je nak kongsi ngan korang ok bye..






Feb 19, 2013

Makan Tengah Malam..

Kata orang makan tengah malam tak elok.. betul kan..
tapi kalau terpaksa makan utk temankan suami tercinta makan takpa kan.. 
muahahhaa..
alasan sangat..

tu dia.. jam dinding dah menunjukkan  pukul dua belas setengah malam...
tapi.. sepasang suami isteri ni masih lagi.. menjamu selera...

 makan nasi yer bang....
hehhee... 
sebenarnya.. masa ni suami lovely baru je balik dari kerja.. wat ot.
maklumlah.. nak cari duit lebih.. kenalah kerja keras sikit demi keluarga.
siapa lagi nak tolong. kalau bukan diri sendiri..kata ketua keluarga.
takkanlah nak harap orang lain tolong keluarga sendiri yer dak..
ok abang chayok..chayok..

hanya lauk sardin jew yg lovely sempat masakkan utk suami.
maklumlah.. dah tengah malam..


tapi.. yang bestnya..
Lovely tak makan nasi..
lovely makan...
jeng..jeng..jeng...

...CHAPATI...(sori gambar takda)

sebelum en. suami blk rumah dia call Lovely.. 
dia tanya..
tak tidur lagi ke?
nak makan apa2 tak? abg belikan...
terus.. lovely jawab.. nak..nak.. nak..
nak chapati boleyy??
dia jawab ok.
lepastu dia tanya lovely.
 masak nasi tak? abang  lapar la...
katanya nak makan nasi yg lovely masak..
tu yg lovely terus masuk dapur dan masakkan lauk sardin utk dia tu..
siap buat air kopi o panas lagi..
hehehehee..
mithali tak lovely?
hehe.. mithalikan..kan 

hihihi..

** Habisla lovely lepas ni, makin montel lah jawabnya,**
 ok lah. tu jer nak cerita... dadidu...




Feb 18, 2013

Snow Walk ICT

Cerita basi sebenarnya..
dah beberapa bulan yang lepas sebenarnya Lovely pergi Snow Walk ICT ni.
malas nak update dlm blog. tak tahulah kenapa..
dan hari ini. terasa senang hati pulak nak kongsikan gambar kami sekeluarga masa main snow hari tu..
jadi jom kita layan...

yiihuuu... dah lama woii aku ngidam nak main snow ni.
tak sangka bila umur dah meningkat 30an baru dapat main snow..
muahaha..  tu pun sebab orang nak belanja.. muahaa.. sekali lagi.(tak kelakar kan?)


Faiz, Mama, Adik.  best giler main gelunsur ais ni. sejuk Vontot..  i muahhaha... 

 Ayah dan dua orang cinta hatinya..

Nabilla dengan penguinnyer..

dua beradik's

seronok bebenor komer yer..




 sejuk giler2 masa ni..

best tempat ni... tapi kalau korang nak pergi pastikan pakai kasut sport yer.
kat sana ada jer kasut utk disewa. tapi mahal..
kalau tak nanti jadi macam lovely..
masuk sekejap je. sebab tak tahan kaki dah keras macam batu..
paling kesian kat anak2.. menangis.. kesejukan..
lovely sendiri pun tak tahan.. diorang apatah lagi...

nak wat macam mana.. 
mama sendiri pun tak jangka nak pergi snow ni. dah orang ajak.. kita ikut jelah..
apa pun Tq kat keluarga pakcik my hubby sebab belanja kami sekeluarga hari tu..
jasa mu akan dikenang.. Tq..
 



Feb 14, 2013

Agar-Agar Batik

Agar -Agar Batik


Agar2 yg telah dicampur dengan pewarna.

Agar2 yang telah dipotong dadu..

Assalamualaikum semua..
harap semuanya dalam keadaan sihat..
hari ni lovely nak kongsi sedikit resepi mudah yang lovely ambil dari blog http://puteriyasminsayang.blogspot.com/2010/05/agar2-batik-pencuci-mulut-yg.html  ni.
Terima kasih kpd tuan punya blog agar-agar batik ni...
sebenarnya Agar-agar batik ni. Lovely buat bagi menyambut kepulangan mak Lovely dan saudara mara lovely yang baru balik dari umrah.
first time sebenarnya lovely buat agar-agar ni. tak sangka pula menjadi. hehe..
baiklah.. mari lovely kongsikan resepi agar2 batik ni. bersama2 yer..

Bahan-bahan:
1). satu pkt agar2
2). satu pkt gula yg 1kg tu. (tp lovely kurangkan sedikit)
3). secubit garam
4). 2-3 helai daun pandan
5). Susu cair satu tin.
6).Air secukupnya utk merebus agar-agar td.
7). pewarna (ikut suka)

Cara Buat:

Didihkan air dan rebus agar2 tadi.kacau sebati dan masukan secubit garam, gula dan daun pandan.setelah agar2 hancur sepenuhnya. tutup api.dan masukkan sebanyak satu senduk agar2 ke dalam mangkuk atau piring  yang disediakan.kemudian letak warna kegemaran anda.
bila dah siap masukan agar2 yg bewarna tadi ke dalam peti ais.letak di bhg yg paling atas.
bila dah keras. keluarkan dan potong dadu.
manakala lebihan agar2 yg didalam periyuk tadi dipanaskan semula. kemudian tuang satu tin susu cair ke dalam agar2 td.kacau sekejap.. kemudian tutup api.
Kemudian tuang agar yg bercampur susu td ke dalam acuan. kemudian barulah ditabur agar2 warna yg telah dipotong dadu tadi ke dalam agar2 susu.
bila telah siap.. masukkan agar2 kedalam  peti ais.. tunggu sehingga keras. barulah di potong dan dihidangkan..
sekian..


selamat mencuba.

Feb 13, 2013

Coklat Tiramisu Beryl's

Assalamualaikum...
eerrmmm... nyumm.. nyumm.. nyum.. sedapnyer.. coklat tiramisu nie.
Tq sangat kpd kak nadia cinda, sebab tolang oderkan coklat sedap ni kat miera langkawi hihii..
sebenarnya dah lama giler lovely cari coklat ni. tapi tak jumpa-jumpa. Kalau jumpa pun rupa sama tapi rasa tak sesedap jenama Beryl's ni.

 nilah roper coklat yang menjadi poojaan hati lovely tu.



 nilah roper coklat tu.
roper memang buruk tapi rasa.. perrrhhh sedap giler..
lapisan luar dia pahit tapi lapisan yang dalam tu manis..
bagi aku memang super duper sedap.. muahahhahaa..

kat dalam dia ada badam..
menambahkan lagi kesedapan coklat ni..Nyum.. nyum..

Nota: kata kak cinda kalau nak beli kat pasaraya JJ pun ada. cari kat bahagian coklat.
          harga RM13.00 satu kotak..
          jom.. cuba coklat sedap ni. muahaha...

Feb 6, 2013

Majlis Kahwin

Assalamualaikum...
rindu lovely tak?? muahaahaaa... seperti biasa i kan  suka syok sendiri gelak lagi muahahhaaa...
tak kelakar kan? ok takpa. Lovely memang suka ketawa.. jadi layan je lah..

ok ni cerita hari sabtu lepas.. kan ker minggu lepas orang-orang Key Ell dapat cuti panjang.
dari hari jumaat sampailah hari Ahad..
mesti korang semua pergi bercuti sakan kan.. Lovely memerap kat rumah je. takda mood nak jenjalan
sebab tak cukup ahli rombongan. Mak lovely pergi Umrah.
8.2.2013(Jumaat) ni baru dia balik sini.
tak seronok pulak kalau pergi jalan-jalan tak bawa mak. Apa pun sebenarnya family lovely dah buat satu rancangan untuk percutian tahun 2013 ni.tapi sekarang masih lagi mencari destinasi yang sesuai.
kepada  familyku yang tersayang buchuk-buchuk.. tunggu ye. nanti lovely aturkan yang terbaik utk percutian kita tu.
aheemm..ahemm.. maklumlah.. i kan setiausaha kelab.
harusla jalankan tugas.hihiii..

ok dah jauh sangat melalut....
jadi pada hari sabtu hari tu. Lovely dan en.suami ada jemputan kahwin di INSPEN 1.
pengantin adalah pegawai dari bahagian en. suami.

 Pasangan penganti  yang diraikan
En.Ibrahim Irham dan Isteri.
 nama isteri tak ingatla.sori..

 dekorasi  meja tetamu.. 
sweet..sangat.

 nak ambil gambar pelamin sebenarnya. 
tapi jauh sangat nak berjalan ke depan..
biasalah i kan berat vontot..
lagipun i malu tau Auuww..

 budak kecil yang tengah tersentap sebab mama marah dia.
"makan elok2.. nanti  kena baju.mama nak suapkan tak kasi..mama pang kang."
 huhu.. sedih..
 lepastu sibuk suruh mama ambil gambar kek...
 masih lagi tersentap...
 oh itu dia. abang faiz dengan rambut terbaru dia.
sebenarnya ada cerita di sebalik rambut botak tu.. 
nanti kalau lovely rajin.. lovely cerita yer.
heerr.. pitam aku melayan budak berdua nie.

 my cinta hati..
ayah.. dagu dah dua la.. pakai felinna nak.. hihii


Lovely dan Cinta Hati
pengantin baru selamanya...
muahahahha...

eh.. dagu mama pun dah berlapis..
jom ayah kita sama-sama pakai felinna hihi.



kepada pasangan pengantin:
semoga kekal hingga hujung nyawa..