Jom Join!!

Oct 31, 2012

Labu @ Pumpkin

LABU..
salah satu jenis sayur yang lovely sangat suka..
paling best kalau masak lemak labu tu, di campur dengan udang hidup.
lagilah terbuka luas selera lovely untuk makan..
alamak.. masa lovely taip ni pun, dah tertelan-telan air liur lovely tau...
sedapnya...
balik nanti nak buatlah..
goreng ikan sikit..
pastu buat sambal belacan sikit...
huhu.. sedapnya...

jom layan gambar labu yang lovely ambil hari tu..








oh yer lupa pulak lovely nak bagi tahu....
pada yang tak tahu..pucuk labu ni juga boleh di makan tau...
masa kat kampung hari tu...
lovely cakap kat mak lovely...
love teringin sangat nak makan pucuk labu masak lemak...
sebabkan sayangnya seorang emak kepada anak.
malam tu dapatlah.. lovely merasa pucuk labu masak lemak.
buatan mak lovely sendiri..

 nilah gambar pucuk labu yang telah di petik oleh mak lovely tempoh hari..
ambil pucuk je yer... daunnya tak boleh makan.. hihi..

pokok letup-letup

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah hari ni.. lovely dapat pulihkan semangat balik untuk teruskan niat murni lovely utk  berblog.
kahkah.. ayat tak boleh blah... berblog ekk..

takda yang istimewa pun, yg lovely nak kongsikan semperna hari Raya Qurban yg lepas.
cuma nak kongsi gambar pokok letup-letup yang lovely ambil masa kat kampung tempoh hari.

 siapa pernah tengok pokok letup-letup ni?
 mesti ramai yang pernah tengok kan...  masa lovely ternampak pokok ni..
lovely terus teringat masa zaman kecil-kecil dulu..
suka sangat main buah letup-letup ni..
petik... lepastu telupkan kat dahi kawan lovely... hihi.. lepas lovely buat dia.. mesti dia pulak buat kat lovely.
masa dia nak buat kat lovely.. lovely dah lari jauh dah.. tapi akhirnya dapat juga dia letupkan buah tu kat dahi lovely..
hemm... seronok sangat zaman kanak-kanak masa dulu kan..
semua benda pun boleh dijadikan bahan mainan.

masa lovely ambil gambar pokok letup-letup ni. mak lovely gelak jew tengok lovely..
" dik.. pokok letup-letup pun kamu nak ambil gambar"    lovely jawab..
"Ala... mak.. kenangan ni.. dah lama tak jumpa pokok ni tau..."
hihii....  mak lovely senyum jer...
nak buat macam mana..
anaknya memang suka ambil gambar...
layankan jelah...hihhi..

Nota :  pokok ni selalunya akan tumbuh di dalam hutan.. atau pun di semak-semak.
          

          
 





Oct 29, 2012

Bersabarlah wahai hati..


 Bersabarlah Wahai Hati..

Bersabarlah Wahai Hati..
jadikan dugaan ini sebagai ujian dari Allah.
hadapinya dengan tenang.
kerana Allah sedang mengujimu.
yakinlah bahawa kau mampu menghadapinya dengan senyuman..


Bersabarlah Wahai hati..
sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.


Oct 23, 2012

i Love SopHieParis

salam sayang semua..
rindu kat semua.. korang semua rindu kat lovely tak..
maaflah agak lama menyepikan diri wah...
hayat tak hingat.. macam retis pulak..
sori lah.. minggu ni. lovely agak sibuk sikit. banyak benda lovely nak kena uruskan..
hehehe...

ok hari sabtu hari tu. lovely telah menjejakkan kaki ke butik sophie buat pertama kalinya.
Alhamdulillah.. ramai juga yang buat oder.
tu yang lovely turun sendiri ke butik sophie.

sebabkan baru first time menjejakkan kaki ke sana.
lovely sampai di sana agak awal. masa tu..
pekerja butik pun baru je sampai..
hahhaha...
bukannya apa. lovely kejar masa. pada hari sabtu tu.
mananya nak pergi rumah kenduri kawin lagi.
nak balik rumah mak lagi..
tapi Alhamdulillah.. berkat kesabaran lovely..
Allah telah murahkan rezeki lovely dengan b'niaga secara kecil2.

ok jom layan gambar pulak..

 ni gambar beg lovely masa hari jumaat hari tu..
sebab terlalu banyak yang nak dibawa balik.. lovely sumbat semua barang lovely dlm beg besar tu.. hehe..
nampak tak paper beg sophie tu?? hehehe..

masa ni dah sampai kat depan butik sophie.
tapi butik sophie belum dibuka lagi..
jadi kami lepak2 dulu kat dalam kereta..

sementara tgg butik sophie buka.
lovely terpaksa layan karenah nabila dulu.
dan nabilah terpaksa layan karenah mama dia. hihi. 

masa ni. jam baru pukul 11.00pg.
butik sophie buka pukul 12.00pg 
huhu.. lagi sejam nak kena tunggu..
muka billa pun dah masam.

tapi.. sebab mama kasi saya makeup..
saya tetap tersenyum..ye..

ye.. dah boleh masuk butik..

antara beg yg dijual di butik sophie..

 cantik-cantik beg sophie ni.
geram lovely tengok..
kasut dia pun cantik..


ni antara hand beg yang lovely suka..
nak tahu harga dia..?
RM 170.00

yang ni pun lovely berkenan.
sangat sesuai utk majlis  makan malam.
harga yang ni. lovely tak ingat la pula.
sori yer..

 beg yang ni pun cute.
ada yang oder kat lovely hand bag ni.
harga dia:
handbag : RM 95.00
Walet : RM45.00

 sementara menunggu kawan lovely sampai..
sempat jugak lovely m'cuba long dress tu..
cantik tak?..

nak tahu harga long dress ni.
RM 120.00
ni pulak bahagian kecantikan..
macam-macam ada..
ada lipstick,lip gloss,mascara,eyeshadow,parfum..dan macam2 lagi lah.

so sweet..
cantikkan..
pada adik-adik yang nak bertunang atau kawin tu..
ni hakak nak kasi idea sikit kat korang..
belilah barangan sophie utk dijadikan sebahagian dari hantaran korang.
murah.. dan yang paling penting sekali..berbaloi2..
tak rugi beli barangan sophie.
sebab harganya berpatutan.

cantikkan...

ok lah.. sekian..
 i love sophie...






Oct 18, 2012

Mama adik nak makeup..

kejadian : petang semalam. lepas ayah ambil saya dari tadika.
Lokasi   : dalam kereta.

petang semalam..
masa tu dlm perjalanan nak pergi ambil abg faiz saya kat sekolah.
tetiba saya rasa nak makeup pulak.
jd saya minta mama brg makeup dia.

mama adik nak makeup......
kemudian mama saya jawab.
mana boleh...
makeup mama dah nak habis dah..
kemudian saya mengamuklah...
dan  lembikkan badan.
dan terus baring kat bawah kerusi.
mama saya tak tahan dengar saya menangis melalak + meraung terjerit2....
lalu terus kasi brg makeup dia kpd saya...
yeeaa....

jom makeup...

tengok ler tew.. 
muka saya ada senyum kan..

 saya tengah berangan jap...

ok mari kita mulakan dgn bismillah yer..
bismillah...
 ok mula-mula kita pakai liptik ye..

ok.. nampak tak.. liptik yg ai pakai ni..
cantik kan..

kemudian.. kita bedak ke seluruh muka.
oh yer.. jgn lupa..
bedakkan leher sekali yer..
mcm saya buat ..

oh yer..
letak bedak kat  mata sikit.
pastu kelipkan mata 3 kali.
klip..klip..klip..

kemudian..
kita letakkan sedikit pemerah pipi..

pastikan letak kedua-dua belah pipi tau..

Nota:   - ayah saya kat sebelah saya tew.. tak tahan tengok gelagat saya tau.
              dia asyik2 senyum dan geling2 kepala.
           - saya tengok..hidung mama saya pula. asyik kembang kempis jew tengok saya..
           - masa  saya sampai jew kat sek. abg saya.. saya terus pakai kasut tinggi mama saya.
              sebab saya rasa.. saya cun sangat dengan makeup dan kasut tinggi mama saya.
              saya pakai cun-cun ni. sebab saya dah bajet nak ngorat kawan abg saya yang hensem tu.
              dah lama saya berkenan kat kawan abg saya tu.
              harap dia terpegun dgn makeup yg saya pakai ni.. 
             dan akan ingat saya sampai bila- bila.. kihkihkih...

ok bye..

Oct 15, 2012

sarapan kami..

Hari ahad semalam kami sarapan roti debap..
roti debap ni mak lovely yang bagi nama. sebab roti ni debab kot.. hehe..
tapi rupa dia macam lempeng kan..
cuma lempeng nipis lg...
roti debap ni pulak debab..hahahha..
comel jew nama dia kan.. debap...debap..hahaha..
aku babap kang nak.. hahaaa..

ni lah roti Debap..
hehe agak hangus sikit kat bhg tengah tu..
tapi lovely mmg suka makan bhg yg hangus...
rangup jew..

yang warna hitam nie, sebenarnya coklat..
kebetulan dalam peti ais masih ada baki coklat masak. jadi lovely cairkan utk makan bersama roti debap ni..
sedap sangat.. nyum..nyum..

hemm... sedapnya..
terasa2.. sampai sekarang..
kahkah..

 en. hubby tak layan coklat2.. ni.
dia layan sambal tumis ikan bilis jew...
orang kampunglah katakan..hehe..
sori chayang..
i gurau jew..


macam mana nak buat roti Debap..?
senang jew...
menu ni. adalah paling senang nak buat.
bagi isteri2.. yg ada penyakit malas mcm i.. hahaha..

cara buat:

tepung gandum..  (ikut suka korang nak banyak mana)
air masak
garam secubit.

mula2.. letak garam secubit ke dlm tepung.
kemudian.. letak air. sedikit demi sedikit ke dlm tepung...
agak2 macam nak buat cekodok tu...
lepastu korang gaul sebati dgn tepung tu. sampai tepung tak berketul..
kemudian panaskan kuali..
masuk minyak masak sikit je ke dlm kuali. agak2 dlm 3- 4 sudu..
bila dah panas.. masukkan tepung yg dah siap d bancuh td.
kemudian leperkan dia.
jgn nipis sangat. nnt tak jd roti debap korang.
bila sebelah dah masak.. korang terbalikkan lagi sebelah..
oh ye.. kalau lovely. Lovely suka tekan2 bhg roti tu dgn sudit..
kasi roti tu terbelah-belah sikit.
utk memudahkan bhg dlm roti tu masak.
bila dah masak..bolehla di makan dengan pencicah yg korang suka.
mcm susu pekat manis, gula, madu, coklat, atau pun sambal tumis..
 ok lah tu jew nak kongsi ngan korang
Da....



Bergambar dengan My Boss

Salam Isnin semua..
cuaca dua tiga hari ni lembab je kan..
tapi itu  cuaca kat luar sana..
pada diri Lovely pulak.. Alhamdulillah.
rezeki yang Allah berikan kepada lovely tak putus-putus.
lovely rasa ini semua berkat dari doa dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan juga.
terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua..
semoga anda semua yang menyokong dan mendoakan kebaikan kepada saya tu..
akan peroleh rezeki yang sama macam lovely dapat hari ini. Amin..

ok lah...
hari ni. lovely nak tunjukkan sesi bergambar bersama boss sophie paris lovely.
semperna penyerahan beg starter kit.
tanda bukti keahlian Sophie Paris yang sah.hehe..

jom berkenalan dgn boss sophie paris saya.....

sesi penyerahan beg starter kit.
setelah sah menjadi ahli Sophie Paris.
saya akan diberi satu beg satrter kit ni.
dalam beg tu ada katalog sophieparis.
ada kad ahli, stiker kereta sophie paris.
ada borang untuk oder barang dan resit pembelian untuk jualan. 
oh yer.. kalau anda jadi ahli sophie paris ni..
anda akan dapat potongan harga sebanyak 20% atas pembelian anda tu.
untung kan..
jadi.. mari  masuk Sophie Paris..hehe.
siapa nak join bagi tahu lovely ye

     oh yer.. lupa pulak meh sini aku kenalkan korang dengan boss aku..
Nama dia Zainul, masih bujang, solo ke tak..itu aku  tak tahu..
tu kena tanya tuan punya badan sendiri.. hahahaha...
kalau nak kenal rapat dengan dia. sila layari blog dia di
atau pun kalau nak tahu lebih lanjut mengenai 
Sophie Paris.atau nak tahu barang apa yang ada di Sophie Paris
bolehla klik kat sini 

  Lovely, My Boss Zainul, dan K.Nadia Cinda.
kami bersama Produk Sophie Paris. 

 ok tu je...
pada siapa yang nak jadi ahli..
atau teringin nak beli barangan Sophie Paris.
bolehla berurusan dengan saya ye...
 i love Sophie Paris..hehe..   

Oct 11, 2012

Segmen: Cik Misya Nak Follow

 

Siapa nak join  Segmen: Cik Misya Nak Follow
segmen ni utk menambahkah follower 
 
saya dah join...
 
dan saya telah tag 

 
 


untuk keterangan lanjut sila klik Sini


Oct 10, 2012

SOPHie PARIS


i Love Sophie

Assalamualaikum semua...
Hari ni ai nak bawa berita gembira sikit...
Lovely nak ajak korang semua Shopping..
Baru-baru ni. Lovely  baru je menjointkan diri bersama SOPHie PARIS ni.
seronok sangat shopping kat sini. sebab barang2 yang dia jual semuanya cantik -cantik..
dan yang paling penting sekali.
kualiti barangnya.. setanding dengan barangan yang berjenama.
oh yer.. dan yang paling..paling..paling penting sekali.. harga barang yang di jual...
sangat murah.

Lovely jadi ahli SOPHie Paris ni pun dari sorang Rakan  opis.
Zainul.nama dia.
dia yang kenalkan Lovely tentang Produk ni.
Lovely tertarik sangat..
Now dah jadi ahli.. dengan hanya bayaran Ahli sebanyak RM15.00
seumur hidup ok...
lagi sekali nak bagi tahu... RM15.00 (seumur hidup)
sesiapa yang jadi ahli..
korang akan dapat potongan  harga sebanya 20% atas setiap pembelian korang tu.
heemmm untung kan..

untuk keterangan lanjut.
korang bolehla tengok kat  blog ni 
oh yer lupa pulak nak bagi tahu... 
katalog baru dah nak keluar 19/10/2012 ni.
tp kalau korang nak tengok secara on line.
korang dah boleh tengok  kat sini 



 Katalog utk bulan September Vol.6

nak tahu apa dalam paper beg tu?

hemm...

tengok kat bawah...














Body Butter Moisturizing
 siapa nak beli Body Butter ni 
Lovelya ada lagi 3.
 untuk dijual..

ramai kawan opis Lovely yang dah beli.
semuanya sangat berpuas hati.
sebab suka sangat dengan keharuman strawberry.
rasa nak makan pun ada.. hehe..



ok mesti ramai yg tertanya2..
 berapa harga diakan..
murah je..

RM12.50 je.


 pada yang berminat sila e-mail kpd saya:

baby_billa@yahoo.com

lepastu sila tinggalkan

Nama :
Alamat:
No.tel:

untuk warga putrajaya. penghantara adalah percuma.
utk yg luar dari putrajaya, caj penghantaran akan ditanggung oleh pembeli.

ok selamat bershopping....
hehe..