Jom Join!!

Aug 30, 2012

kejadian sebelum raya..

acara menolong mak mertua aku buat kek lapis masam manis. (gaya sabah)
nampak tak asam duit-duit kat sebelah kiri tu.
kalau kat sabah diorang panggil asam tu Amoi-amoi.. so sweet... kan..kan.

tak sangka dapat gak aku belajar buat kek lapis ni.
ni antara lapisan dalam kek tu..
layer by layer yer adik-adik..
mula2.. letak warna putih.. pastu bakar dlm oven beberapa minit..
kemudian.. keluarkan..tabur asam amoi-amoi,pastu layer kan lagi ngan warna merah.. bakar lagi...
dah masak.. keluarkan.. tabur lagi amoi-amoi..pastu layerkan pulak ngan warna hijau..
macam tulah.. seterusnya.. ulang dan ulang lagi..
buat kek ni kena banyak sabar ok. sebab tu lah mahal.

ni lah hasilnya...
siap sudah kek lapis masam manis...

sedia untuk di ambil oleh customer..

lepas jer tolong mak mertua aku buat kek lapis tu.. aku terus buat puding roti berAiskrim..
khas untuk juadah berbuka puasa..
oh yer..
tahun ni.dapat jugak aku merasa berbuka awal..
untuk pengetahuan korang waktu berbuka puasa di sabah adalah pukul 6.30ptg..
sejam lebih awal dari semenanjung..
best kan..

tak sangka pulak puding roti aku ni.dapat sambutan hangat dari adik ipar aku..
kebetulan ada buah anggur pulak dalam peti ais. aku pun apa lagi.. potong kecil2..
dan makan bersama puding roti tu.. sedap gak..(aku kan penggemar buah)

kuah kacang ni.. adalah 100% hasil buatan aku.
daripada menggoreng kacang.. sampailah.. jadi kuah kacang ni.
tak sangka pulak menjadi kuah kacang aku ni..
ada sesiapa nak oder??? sila tinggalkan no.phone yer.. hihihi..

ok bye..


balik kampung.


gambar ni. masa kat KLIA hari tu. korang tengok sarat tak sarat aku balik kampung hari tu..
mesti korang pelik asal aku bawak balik printer pulak kan... hihi.sebenarnya.. kotak jer printer.. isi kat dalam tu adalah baju-baju aku ngan habby. kan aku ada cerita ngan korang hari tu. aku nak sedekahkan baju aku pada adik ipar dan sedara mara kat sabah.. jadi dah tertunailah hasra aku. nak bawak baju-baju tu ke sabah.
Alhamdulillah..nasib adik ipar aku yang bongsu tu. muat baju kebaya aku tu.
ok yang beg warna pink tu baju aku dan en suami.
yang beg hitam tu untuk baju anak-anak sahaja..
tak mo letak sekali ngan baju aku. nanti susah nak cari.. letak asing-asing lagi bagus..
beg galas yang hitam tu. en.hubby punya lap top.
saja jer bawak.. bosan2 boleh bukak face book or blog korang.hihi..

  upss.. ada gak gambar i kat KLIA ari tu..
gambar ni. si nabilah yang ambil.. dia memang tak senang kalau tengok mama dia pegang kamera.. dia mula nak berebut ngan aku... tengok ler..  sekerat je dahi i masuk tau menci....
lagi sekerat dah kena potong..hahaha..

haha... tengok anak dara ni.. suka norr.. pekam mulut. sama macam aku..
nabilah suka sangat ngan baju minnie mouse ni.. asal kering jew baju ni. mesti nak pakai balik..
sampai naik lusuh baju tu dia kerja kan..

sampai je kat KLIA en. hubby terus gi strap kotak ngan 2 beg tu..
bayaran untuk satu beg adalah RM10.00

masa ni dah ada kat balai pelepasan..
budak berdua ni.. dah pau ayahnya siap-siap kat kedai buku tu.
nah hambik sorang satu buku warna ni.. duduk dia-diam tau.

si faiz pilih buku mickey mouse..

Nabilah pilih buku barbie..

tapi nabilah ni.. jenis cepat bosan..
sekejap je dia mewarna.. tak lama lepas tu..
''mama.. mama warnalah.. adik tak reti......."
heerrrr............ last-last aku pulak yang naik syok mewarna gambar barbie tu.. hihii..

faiz yang happy dapat naik kapal terbang..
(macam biasa.. tak lama lepas tu.. ``mama faiz nak makan nasi''..)
budak kuat makan ni.. memang macam tu..
punggung tak panas lagi.. dah mintak nasi..

adik pula suka buat perangai. bila naik kapal terbang ade jew benda yang tak kena..
sebenarnya dia tak suka pakai tali pinggang tu..
biasalah budak kan..
aku pun rimas sebenarnya....
mengamuk2.. anak dara ni.. tak mo pakai tali pinggang.
aku macam biasalah.. kan tak reti pujuk budak..
aku pasangkan jugak... pastu aku buat pekak jew dia melalak.
mesti penumpang yg lain hangin hahha...
nasib ada apaknya.. yang baik hati.. tolong pujuk anak dara ni.
sekejap jew.. dia nangis.. ntah apa apak nya jampi aku pun tak tahu
tahu-tahu dia dah diam dah....(syukur)
haha..  tq.sayang.. sbb u tlg pujukkan anak dara ni..i memang tak reti pujuk anak.
kalau u takda.. i tak tahulah sampai bila anak u nangis.... hahaha..
(nasib dapat laki yg pandai pujuk anak)


ok masa ni dah sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah..
masa ni.. aku suruh nabilah berdiri kat gambar ikan tu.. dia punya takut...
menjerit-jerit kat situ.. semua orang duk tengok dia..
last2.. aku suruh faiz je sorang2 berdiri kat situ..
faiz macam biasalah.. cool jer..

ok sampai sini dulu cerita aku  pasal balik kampung hari tu.
next N3 aku cerita aktiviti aku masa bulan ramadhan di sabah hari tu..
tunggu.......

Aug 27, 2012

tahun ni kami beraya diSabah..

salam semua..
selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.
mesti ramai antara kita yang masih belum puas untuk beraya bersama keluarga tersayang kan..
aku pun mujur tak ubah tarikh flight aku.
rasa malas nak balik putrajaya.. bukannya apa sebenarnya dah seronok duduk kat rumah.
sambil makan kuih raya.. haha..
tahun ni aku beraya di rumah ibu mertua aku di Beauford Sabah.
rasa seronok sangat raya tahun ni. aku pun tak pastilah sebab apa.. tapi yang pastinya aku rasa happy sangat sambut raya tahun ni. walaupun dengan keluarga suami aku.
mungkin sebab keluarga suami aku ngan keluarga aku tak banyak beza kot..
suasananya sama je. macam aku beraya dengan keluarga sendiri..
jom layan gambar suasana raya aku kat sabah hari tu..

ada yang kata gambar aku ni. macam pengantin baru.. ahak's. nak tergelak aku.

masa ni budak dua orang tu belum bangun tidur lagi..
sebab layan tv.sampai pukul 4 pagi..
orang dah beraya.. tapi dua beradik tu. masih tergolek lagi kat dalam bilik..
jadi biar mama ngan ayah ajelah bergambor yer..

ini lah gambar keluarga mertua aku.
baris atas kiri : cikpuan lovely,mak mertua,bapak mertua,my hubby,adik ipar no.3
baris tengah dari kiri : mama tua (nenek), bapak tua (datuk)
hadapan kiri: adik ipar yg bongsu, adik ipar no.4 


dengan my cousin era.


my cousin mimie

my cousin Anis

punyalah aku tersenyum sampai ke telinga.. tapi en.hubby aku ni muka sedih jew..
sudah2 la tu abang. kan sayang ada dengan abang ni.. hihihi...

dengan aunt batrisya. comel sangat muka dia kan..

bersama adik ipar aku.
tak sangka adik ipar aku ni. semua rapat dengan aku. yang paling rapat sekali adik ipar aku yang baju oren dan baju hijau tu.
kat mana aku. kat situlah diorang..
sayang sangat kat diorang..

selamat hari raya maaf zahir dan batin  yer bang.

bersama adik ipar aku yang manja imah..

bersama bapak mertua yang sangat sporting.
nampak tak apa dia makan tu..
dia tengah makan nasi impit bersama kuah lodeh yang dimasak oleh menantu kesayang dia ni ha... hihihi..
tak sangka masak lodeh aku menjadi pujian semua orang.
sedap katanya.. yang paling best sekali.
ada sepupu i cakap dia terdengar mak mertua i duk puji i pandai masak.. hkhikhikk..
malu i.. ni yang rasa nak cari tiket balik sabah lagi ni..hihii.


masa ni anak dara ni.baru jer bangun tidur.. terus kena kiss dengan my aunt.

sorang-sorang duk puji anak dara ni.
sampaikan anak dara ni tak lalu nak makan..
aku suap apa pun dia tak nak..
yang dia nak air masak jer..
hihi.. pagi raya minum air masak jer dik.. hihii.


keras jer dia duduk kat situ.. 
gara2 orang duk puji dia.

faiz bersama tangahnya..
baru aku perasan.. yang gambar faiz pakai baju melayu biru. tak ada...
penat je aku ngan era cari baju dia satu jalan tar.
last2 gambar dia tak da.. huhu.. nampak sangat i bz  bergambor ngan apaknya jer kan.. hihi.

yang ni biras aku, bersama anak sulungnya.Naura(rara)

 nak tengok gambar keluarga besar kami

Alhamdulillah.. aku di kurniakan dengan keluarga yang sangat bahagia..

walau apa pun hati ni tetap teringat kat keluarga ni..

my lovely family




Aug 14, 2012

selamat hari raya..


salam semua...
dikesempatan ini aku nak minta ampun.. minta maaf.  sekiranya.ada salah dan silap.
andai kata terkasar bahasa.. dan terguris hati harap dimaafi.. 


 selamat hari raya 
maaf zahir batin..

ps/; esok aku dah berangkat pulang ke sabah..bye..semua..
        selamat hari raya...


Aug 10, 2012

orang perasan vujang gi shopping ha..ha..

salam semua..
errrhhh... penatnyer badan ni. lenguhnya kaki ni..
tapi rasa seronok sangat..sebab dapat gi shopping dengan amannya.. hahaha..
mesti ada yang cakap.. kesian.. macam kambing terlepas dari kandang.
ada aku kisah.. memang pun.. sebab aku ni kan ibu mithali.. kalau sebelum-sebelum ni nak pergi mana pun aku akan hangkut semua anak-anak aku..aku takkan tinggalkan diorang.sebab itu cara aku..
tapi sesekala aku nakla jugak rasa enjoi.. berjalan tanpa kena tarik tangan sorang kanan..sorang kiri.
nak merasa jalan jauh-jauh tanpa suami dan anak-anak takdapatla kan..
setakat shopping kat kl je permohonan di luluskan.. biasalah suami i kan sayang ketat - ketat kat i. (puuuiii).
dia mana kasi i jln sorang-sorang tanpa dia.. risau kot bini dia kena colek.(cun sangat ker).huhuhu..jom muntah pink!!! eh.. tak boleh muntah..puasa..kan?? ok telan balik.
apa pun aku rasa happy sangat semalam. walaupun aku rasa macam nak m.m.p. s.

aku keluar dari rumah pukul 9.00pg.
sampai je kat erl. aku terus naik bas rapid kl. nak jimat weii.. tambang baru Rm3. kalau naik erl Rm9. kan dah jimat kat situ.
iera.sepupu en.suami. dia yang temankan aku berjimba-jimba semalam..
tq sangat kat dia. sebab sudi jadi peneman i.maklumlah.. i kan takda kawan yang boleh diajak kesana kemari..

 dalam bas ni cuma ada 2   3 ketul je penumpang.hihi.. 
aku ngan iera mula-mula duduk kat bangku depan. sekali sinaran matahari memancar-mancar kat muka.
terus iera ajak aku tukar tempat duduk.
sekali dia pilih bangku paling belakang sekali..
huhu.. tetiba pulak aku teringta zaman sekolah menengah dulu.
bangku belakang tu.. adalah port aku. orang lain jagan suka-suka nak duduk. 
hamboii.. kl gengster la kununnyer.. haktuii...

ok lepas je sampai kat pasar seni. kami terus ambil star lrt dan turun di masjid jamek.
bila langkah je kaki kat masjid jamek tu.. terus.. rasa melonjak-lonjak hati ni nak shopping..
rasa hilang sekejap ingatan ni pada anak dan suami. hihi.. sekejap je.pastu ingat balik i kan isteri dan mama mithasali.

 ni kedai pertama yang kitaorang masuk.
 kedai ni jual segala jenis tudung.. harga tudung kat sini murah-murah..
ada yang harga Rm3 pun ada.yang harga tiga ringgit tu tudung bawal yg bercorak.alah.. yang ada biji2 kat tepi dia tu. memang murah-murahla tudung kat sini.. cuba korang tengok tudung bawal yg tergantung kat atas tu.. 
baru Rm6.80. murah kan.. tapi faham-faham ajelah kan.. harga murah. kualiti pun kureng la. kalau setakat nak pakai pergi pasar ok je. yang penting tutup aurat.nak yang berkualiti dan cantik cari kedai mahal la..
ikut cita rasa sendiri..kau rasa kau mampu kau beli kat kedai mahal. kau rasa kau tak mampu.. kau beli kat kedai murah. aku laki bini gaji kecik.. so pandai-pandailah nak hidup. takboleh nak ikut orang..dan ikut hati.
bak kata pepatah.. ikut rasa binasa.. ikut hati mati.. so nak yg mana satu ko pilih??.


memang banyak pilihan kat masjid india ni. boleh rambang mata dibuatnya.
sampai aku sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu..
tapi aku tetap berpegang pada misi aku.tak boleh nak boros sangat.
nanti lepas raya.. makan roti jer..huhuhuhu.. sanggup cikpuan lovely? makan roti je pagi petang siang malam.. huhu.jadi.. kena fokus pada misi tau.

    masa ni kat Jakel.asalnya nak temankan si iera nak cari songket utk ayah katanya..aku ikut je.
    tiba-tiba aku ternampak pulak baju melayu yang sama warna dengan baju aku.
    bila aku tanya harga dia.. kira ok lah.murah jugak. sepasang baju + songket + butang baju melayu 
    RM100.
    ahh.. ok la tu dah malas nak fikir.

  ok tak warna dia? ok la kan.. kalau nak cari betul-betul sama.. jenuhla...
  aku ni. bukan jenis yang cerewet sangat. tak kuasa aku!!

masa ni aku tengah pilih songket utk gandingkan dengan baju melayu en.suami.
hemm nak pilih hitam ke.biru.....
hitam sebab baju aku banyak corak hitam. biru pulak sebab en. suami belum ada lagi songket biru.
last2 aku pilih songket biru..

 wah..terasa macam shopping kat bandung pulak.. sempat lagi nak ambil2 gambar yer..
maklumlah.. nak bershopping kat  bandung tak dapat kan... so shopping kat kl pun jadilah..
lagi best.. aku bangga jadi anak M'sia.. fufu... (ayat nak pujuk hati sendiri.sebab tak dapat ikut kawan opis gi bandung hari tu..sedeyy)

cer korang tengok songket tu..cantik kan..pastu korang tengok pulak harga dia. lagi cantik kan..
sapa rasa mampu.. bolehla pilih yang mana korang berkenan ye.. bolehla beli untuk diri sendiri ke, utk suami ke, kekasih hati ke.. hihi.. memang cantik.


satu set baju melayu utk en. suami. ok dah selesai.. cuma untuk anak -anak je belum beli lagi masa ni.
baju nabilah beli kat jakel gak.. cantik.. kurung moden. tapi warna ada lari sikit.
baju faiz.. beli kat kedai lain.sebab kat jakel takda saiz faiz..


songket meroon tu utk ayah si iera.. boleh tahan gak harga dia.
tertelan air liur aku..
masa ni songket ni..  baru je lepas di jahit. bagusla shopping kat jakel ni.layanan sungguh memuaskan.
suka sangat kat budak jakel ni. lembut je cara dia bercakap.. sejuk hati aku.hahha..

 songket yang mampu membuatkan air liur aku tertelan... gluppp..

ok tu je.. apa pun. seronok sangat..
tahun depan nak pasang misi yang sama lah.. huhuu..