Jom Join!!

Aug 26, 2011

Selamat Hari Raya.

Salam Semua...
hemm.. nampaknya hari ni ramai yg last day utk kerja kan.
almaklumlah.. ramai yg dah x sabar nak blk kg.
kat opis aku pun dah mula rasa sunyi.
hemm mesti ramai yg ambil cuti hari isnin kan.termasuklah aku.
tp aku blk kg, mungkin hari isnin kot.
sbb en.hubby saya masih lg b'kerja hari isnin tu.
tp half day jer kot. Lepastu baru kami pulang ke kg.
kg saya pun x lah jauh sangat. Kat Slim River Perak jer.(rumah opah)
perjalanan mungkin dlm sejam lebih jer kalau ikut highway.
ok lah dikesempatan ini..
saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Kepada Semua Yang Mengenali Saya.
juga saya  ingin mohon ampun dan maaf  Sekiranya ada terkasa bahasa dan terlanjur kata.
sepanjang perkenalan kita.

kepada anda yg akan pulang ke kg.
saya doakan agar kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.
agar kita semua selamat sampai ke kg dan dpt
 beraya bersama keluarga yg tercinta.
akhir kata dari saya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN..

Aug 24, 2011

Jom G Holiday.

Kiri kanan Makcik ni bawak beg.
nak g mana tu?

 bukan main lg budak berdua nie..


Babai.. jln baik-baik yer!!!

Aperlah yg korang b'dua buat nie.

tak ingat ni gambar masa bila, terjumpa dalam h/p. Tp yg pastinya, sebelum Ramadhan.
masa nie aku tengah layan Tv sambil lipat kain.
budak berdua tu biasalah BZ!!!
tak lama lepastu aku panggil budak berdua tu.
sekali bila  aku toleh jer kat belakang aku. aku tengok.
Nabilah dah bertukar baju..


rupa-rupanya. Faiz dah tukarkan baju adik dia.
kalau korang nak tahu. Dalam gaun nabilah tu ada seluar jeans lagi sehelai.
adoi..ape sajelah kerja korang ni.

Aug 23, 2011

kuih raya org dulu-dulu.

Kuih Tiram


Kuih Bijan

Kuih Siput

Kuih Samprit

Kuih Putu

Kuih Bahulu

dlln..

Karipap Panas

Glup.. halamak ai. tertelan air liur aku.
petang semalam.Aku melangkahkan kaki ke Bazar Ramadhan
Buat kali Pertamanya dlm tahun nie.aku Jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan p2.
dan buat pertama kalinya aku cuma beli 1 menu jer.


Sampai jer kat gerai karipap ni, aku tengok org dah ramai  beratur.
Org ckp karipap ni sedap.Betul ke?


 Yang Bestnyer Karipap nie dibuat dan digoreng kat situ.
woo.. very the Hot!!

 Entah berapa ratus biji  karipap la
yg diorg goreng sehari ek?
yg jual karipap nie, semuanya budak Remaja. 
Adik beradik kot..
ni mesti mak dorg punya resepi..
bagusla budak2 nie..
Pandai cari duit, d bln yg mulia nie.


 ok harga Karipap ni
  3 biji RM1
  10 biji RM3

mcm2 Perisa ada. tp yg paling laris Karipap Sardin.

Semalam aku beli karipap Sardin RM2 je.
Rasa dia. mmg sedap.
Kulit dia nipis jer.
Inti Karipap pun banyak.Org kata x sia2 lah beratur pjg.
Kalau korang nak cuba.Jgn lupa pergi Bazar Ramadhan P2.Ye.. adik2!!!.
tada...


Aug 22, 2011

Buka puasa di Bowling Alamanda.

 Pencuci mulut.
Faiz suka sangat makan puding tu..
3 kali dia tambah.mmg sedap pun!!
 
 Cencaluk. Faiz yg ambil gambar nie. hihii..
Entah aper yg dia minat sangat ngan cencaluk tu.

 untuk nabilah.
Nasi Jagung & isi ayam.

 ditempah oleh: Seperti nama di atas.

 Ikan Bakar & Roti Boom. kat area luar.

 saja beli buku stiker nie utk budak berdua  tu.
sementara tgg Azan Magrib.utk berbuka.

 Cute kan mereka!!!

 nak gak menyelitkan diri kat sebelah budak encem tu.(Afif)


Keselamatan Peribadi

Ceramah Keselamatan Peribadi:
Disampaikan oleh: En.Kamal Affendi Hashim
                             Penganalisis Jenayah Yayasan Jenayah Malaysia.



Yang tengah-tengah tu la 
En. Kamal Affendi. 
Masa nie dia baru sampai..
terlambat sejam.
Jalan  JEMMM!!
Katenyer....

memang tak disangka.
Ramai pulak yg datang utk dengar ceramah hari tu.
Sampai tak cukup-cukup kerusi.
sampai aku duduk kat tengah-tengah tanggalah.

walaupun ceramah habis sampai pukul 5.30ptg. Tapi dewan masih lagi penuh.
sebab rase berat hati nak tinggalkan dewan tu. Best sangat..
daripada start dia bagi ceramah.
sampailah penutup.. Aku asyik ketawa jer.
memang kelakar giler weeiii... mmg terbaiklah...
kali pertama aku dengar ceramah tanpa menguap...
hahhaaa... (pengakuan Ikhlas dari aku)

kalau  suruh aku bagi bintang..
Aku  kasi 10 BINTANG kat dia..mmg the bestlah!!!


Aug 11, 2011

Kuih pun ada identiti . x caya? jom tengok kat bawah nie!!


kuih paling gangster
 Kuih Lompat Tikam


Kuih Paling Saxy
Kuih Puteri Mandi


Kuih Paling Keji
Kuih Tahi Itik


Kuih Untuk Awet Muda
Kuih Seri Muka


Kuih Paling Alim
Kuih Ketayap


Kuih Penyakit Lelaki Kronik
Kuih Batang Buruk.. (oppss Sorri)


Kuih Dalam Zoo
Kuih Badak Berendam


Kuih Yg Boleh Bangun sendiri
Kuih Bangkit


Kuih Yg Paling Tenteram
Kuih Makmur


Kuih Paling Lembap
Kuih Siput

Aug 10, 2011

Penghabisan stok Tungku Moden

salam semua...
ada sesiapa yg berminat nak beli Tungku moden?

 untuk penghabisan stok.. cepat..cepat..
siapa cepat dia dapat..
RM 25.00 sahaja.

jika berminat sila tinggalkan comment dibawah.
TQ !!




Aug 1, 2011

baju gaun polkaldot


tadi dah citer pasal kenakalan aku masa bulan puasa..
sekarang aku nak sambung citer balik, pasal baju raya...
puasa dah la x habis. tp semangat raya berkobar-kobar.. 
tak malu!!!
biasalah kan budak-budak..

sebenarnya ni boleh dikatakan citer sedih nie..Salah satu kenangan yg x dapat dilupakan ketika bersama abah.
sebelum apa-apa aku nak citer sikit pasal abah aku nie.
Arwah adalah seorang yg sangat baik hati, penyabar, penyayang dan seorang yg Mr.cool..
tetiba teringat pada kenangan lama nie.Masa tu aku baru  darjah dua kot..
abah ada belikan aku ngan akak aku baju gaun corak polkadot.Akak aku warna merah putih.aku pulak warna hitam putih.kiteorang memang selalu pakai baju corak sama.kadang-kadang warna pun sama.
akak aku tu tua setahun jer dengan aku. masa kecik kite orang mmg rapat giler lah. macam isi dengan kuku.
kemana jer mesti pakai baju sama.dah macam kembar plak.

sambung blk pasal baju gaun polkaldot td.
mak kata.. itulah satu-satunya baju yg abah aku belikan utk kite org.dia yg pilih.
selalunya.. bap beli baju mak yg belikan..tp tak tau lah kenapa.. 
abah belikan ktorg baju polkaldot tu utk ktorg.
masa dapat tu.. aku ngan akak aku tak sabar-sabar nak cuba baju tu..
malam tu jugak ktorg cuba baju tu. 
siap pakai kasut kilat yg  bereben lg kat depan tu.
pperrrhhh.. masa tu.. aku rase aku lah yg paling bergaya sekali.
sambil pusing-pusingkan badan. tangan kiri pegang hujung baju..tangan kanan masuk satu jari telunjuk dlm mulut..
hahahhaa.. klakar weeii.
aku rase. aku masih simpan lg gambar aku pakai baju tu,
kalau b'kesempatan aku cari balik gambar tu dan tempekkan kat blog aku nie.hihiiii.


seronok pulak kalau diingat balik kenangan beraya masa dulu-dulu.
terasa kemeriahannya.. tak macam zaman sekarang.Raya hanya terasa masa pagi raya tu jer..
masuk tengahari.. baju raya pun dah tukar..

eehhh... cepat betul aku cerita pasal raya ye..
puasa pun belum sampai sehari dah citer pasal raya..
ok ler cacicau...
Assalammualikum..



1st Puasa (teringat pulak masa zaman kecik-kecik dulu)

Assalammualaikum semua..
Salam 1 Ramadhan.Hemm.. memandangkan hari nie hari pertama kita berpuasa.
ramai yg duk bercerita pasal Puasa nie. pagi td  pagi -pagi lagi aku dah dengar kat Hot FM org duk bercerita pasal puasa.G opis plak bukak blog. org duk citer pasal puasa lg..
nie yg aku tetiba teringat kenangan lama nie.
teringat aku masa KECIK-KECIK dulu. bila time puasa jer aku selalu mengelat. hihiii..
tp aku rasa bukan aku sorang jer kot yg buat perangai mcm tu. mesti korang pun pernah buat macam aku.
ker aku sorang jer yg  buat.
korang semua baik!!
ingat lagi masa sekolah rendah dulu.Kalau time puasa jer mesti ada sehari dua aku puasa Yang yuk.. pagi-pagi buka periyuk.hihiii
orang bangun sahur aku bangun sahur.Orang berpuasa aku pun nak gak.. tp org puasa penuh. aku!! setengah hari jer.. hikhikk..
ingat lagi ada satu hari tu..memang aku nakal sangat masa tu.
masa tu bulan puasalah.. aku pergi sekolah naik basikal ngan kangkawan aku.  ingat lg basikal aku warna merah. ada bakul lg kat depan tu.
dalam perjalanan  ke sekolah.Tayar basikal aku boleh plak pancit.Adoii..
sabo jerlah aku..
aku x ingt lah masa tu aku darjah berapa. tp dah agak besar sikit kot..
maka aku pun tolaklah basikal tu sampai ke sekolah.
alhamdulillah sampai gak kat sekolah.
tp yg tak bestnya bila time rehat..adoii yaii.. 
nipis betul iman aku masa tu.. hihiii..Pantang di goda.
dulu kalau kita sekolah pagi  rehat kan pukul 10.masa tu dah panas sikit dah.
tekak pun dah rase kering.aku tahan lagi. tapi yg tak tahannyer bila kena hasut
dengan kawan aku. ade ker dia ajak aku beli ais krim m'sia kat umah cikgu.
mula-mula aku tak nak.tp bila tengok ramai kawan-kawan aku yg duk makan aiskrim tu kat garaj kereta cikgu aku pun terjebak gak..
bila dah ada tenaga.. aper lg. ramai pulaklah yg ajak main galah panjang.hihii..
mentang-mentanglah baru isi Ron 97 aper lg.. berdezupp perginya.
bila dah penat main.. ramai -ramai pakat g basuh muka.Padahal.. sambil menyelam minum air.. hihiiiii...
nakal-nakal....
tp tu dulu mase kecik-kecik.. Masa tu Aku insan yg lemah.. Hanya Mampu bErserah...hihiiiii
tp sekarang aku dah berakal..dah boleh fikir Dosa pahala tak kan nak buat cam tu lg kot.
tp bila terkenang balik kelakar pun ada menyesal pun ada.
Bak kata orang.
pengalaman boleh mendewasakan kita..betul tak?
ok ler.. sampai sini jer. kang citer lebih - lebih kang
kurang pulak pahala puasa aku hihiii
salamat berpuasa
dan selamat beramal....
akhir kata dari aku..
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.MANIS TAK KURAMA ITU????... hihiii